web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Akta 342 Penting, Bendung Penularan COVID-19 - Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 8:00AM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) penting untuk diluluskan secepat mungkin bagi memastikan kesinambungan dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan bagi membendung penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) bimbang sekiranya perbahasan di Parlimen berpanjangan, mungkin akan tergendala kesinambungan KKM melaksanakan penguatkuasaan kawalan penyakit berjangkit di negara ini.

"Pada 1988, apabila akta ini digubal, kita tidak mengambil kira tentang pandemik tetapi lebih kepada penularan wabak, kini tiba masanya untuk kita kaji semula dan apa yang lebih penting ialah pencegahan.

“Jika kita hendak melaksanakan Akta 1988, kompaun maksimum RM1,000 terhadap syarikat-syarikat yang besar misalnya, ia tidak akan dapat menghalang atau mencegah kerana mereka tiada masalah dalam soal membayar kompaun.

“Pada saya, jumlah kompaun yang dikenakan tidak boleh sama. Jadi kami membuat keputusan untuk membezakan antara individu dan korporat," katanya dalam sesi taklimat media mengenai RUU Pindaan Akta 342 di sini, semalam.

Di bawah pindaan Seksyen 25 Akta 342, KKM mencadangkan nilai kompaun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1 juta bagi sesuatu pertubuhan perbadanan, manakala bagi kesalahan individu pula akan ditentukan suatu jumlah wang yang tidak melebihi RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini.

"Kita harap (pindaan akta) dapat dibentangkan dan mendapat persetujuan semua Ahli Parlimen, barulah kita boleh laksanakan pindaan 2021 dengan secepat mungkin," katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Azmi Ghazali membentangkan RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook miliknya menyatakan Ahli Parlimen tidak akan menyokong pindaan RUU Akta 342 berikutan tidak bersetuju dengan nilai kompaun yang dicadangkan.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Datuk Dr Norhayati Rusli berkata lima pindaan dan lima peruntukan baharu dicadang KKM dalam pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi menambah baik akta itu.

Dalam taklimat media yang sama, beliau berkata cadangan itu membabitkan Bahagian I, Bahagian IV, Bahagian V, dan Bahagian VI, antaranya merangkumi pindaan berkenaan tafsiran pegawai diberi kuasa serta berkaitan kesalahan dan penalti.

Memberi contoh pindaan di bawah Seksyen 10, Dr Norhayati berkata pindaan berkenaan membolehkan pengamal perubatan memberitahu wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis walaupun tanpa pengesahan diagnosa melalui ujian makmal.

“Dicadangkan tiap-tiap pengamal perubatan yang merawat atau mendapat tahu atau mempunyai sebab untuk percaya atau mengesyaki tentang wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis hendaklah memberikan notis tentang wujudnya penyakit berjangkit itu kepada pegawai kesihatan yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah,” katanya.

Melalui pindaan Seksyen 25 iaitu pengkompaunan kesalahan, ia membolehkan pegawai dari badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan diberi kuasa mengeluarkan kompaun atas kesalahan yang dilakukan, katanya.

Menurut Dr Norhayati cadangan peruntukan baharu adalah dalam Seksyen 14A yang memberi kuasa kepada seseorang pegawai untuk memerintahkan mana-mana individu yang dijangkiti sesuatu penyakit berjangkit untuk menjalani pengasingan (kuarantin).

"Cadangan peruntukan baharu dalam Seksyen 15A pula membolehkan penggunaan teknologi terkini untuk mengawal pergerakan orang yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti yang diarahkan menjalani pengasingan atau kuarantin,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 3 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar