web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemancing Maut, Rakan Cedera Bot Terbalik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 9:04PM

Seorang pemancing maut selepas bot yang dinaiki bersama lima yang lain, terbalik di kedudukan 5.5 batu nautika, barat daya Jeti Tanjung Dawai, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERBOK - Seorang pemancing meninggal dunia akibat lemas setelah bot dinaikinya bersama lima individu lain, terbalik di kedudukan 5.5 batu nautika, barat daya Jeti Tanjung Dawai dekat sini, pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pemancing tersebut, Muhammad Ridhwan Mokhtar, 38, yang bekerja sendiri maut di lokasi kejadian sementara rakannya pula, Hafizul Ajis Samsudin, 31, mengalami kecederaan.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu, setelah dihubungi pemilik bot tersebut yang memaklumkan mengenai kehilangan mangsa kira-kira jam 11.15 pagi.

"Sebaik menerima panggilan tersebut, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada jam 11.35 pagi.

"Bot Perkasa 1221 Maritim Pulau Pinang dan Bot Perkasa 1226 Zon Maritim Kuala Kedah telah diatur gerak ke lokasi kejadian dan mendapati bot dinaiki enam individu itu dalam keadaan terbalik," katanya di sini, hari ini.

Empat lagi individu yang terlibat dalam kejadian itu adalah tekong bot, Che Roslan Hashim, 49 serta tiga lagi pemancing iaitu Mohd. Firdaus Zainal Abidin, 36; Engku Mohamad Farizam Fadilah,19 dan Zulkifli Ahmad, 45.

Keempat-empat individu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibenarkan pulang bersama waris masing-masing.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah berkata, temu bual bersama seorang daripada mangsa mendapati, kesemua mereka berlepas dari Jeti Teluk Bayu Batu Lintang dekat Tikam Batu, pada jam 10 pagi menuju ke Tuas yang terletak kira-kira dua kilometer dari Pulau Sayak untuk memancing.

Setibanya di lokasi kejadian kata beliau, mangsa mendakwa bot fiber dengan kepanjangan hampir 11 meter itu dipukul ombak setinggi dua meter, mengakibatkan kesemua individu yang berada di dalamnya, terjatuh ke laut.

"Kesemua mangsa telah diselamatkan oleh bot Perkasa milik Maritim Malaysia, manakala mereka yang cedera pula dibawa sebuah bot lain ke jeti berdekatan, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani oleh orang awam.

"Mayat mangsa yang meninggal dunia pula telah disahkan oleh ahli keluarganya dan dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat," katanya. – Getaran, 14 Disember 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar