Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ubat Pelali Ambil Masa ‘Tumbangkan’ Haiwan, Ancam Keselamatan Anggota - PERHILITAN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 12:07PM

Harimau kumbang yang mati ditembak selepas cuba menyerang anggota PERHILITAN di Kampung Kelatap dekat Pos Pewor, Lasah, Sungai Siput, baru-baru ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejadian seekor harimau kumbang yang mati ditembak selepas didakwa cuba menyerang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di Kampung Kelatap dekat Pos Pewor, Lasah, Sungai Siput, baru-baru ini, mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.

Mereka mempertikaikan kewajaran anggota terbabit menembak haiwan dilindungi itu dengan peluru hidup, berbanding menggunakan ubat pelali bagi memastikan ia hanya pengsan.

Ada segelintir pula mengecam tindakan berkenaan dan menganggapnya sebagai tidak berperikemanusiaan, memandangkan harimau kumbang itu terlebih dahulu mengalami kecederaan apabila terperangkap dalam jerat dipasang individu tidak bertanggungjawab.

Haiwan berkenaan juga cedera parah akibat ditetak selepas terbabit dalam pergelutan bersama seorang remaja Orang Asli.

Susulan kejadian, netizen turut mempertikaikan kemampuan harimau kumbang terbabit untuk bertindak agresif menyerang anggota terlibat selepas kecederaan dialami.

Bukan setakat itu, wujud pihak tertentu menganggap kematian haiwan tersebut amat merugikan negara, memandangkan harimau kumbang berada di ambang kepupusan dan dikategorikan sebagai ‘spesis terancam’.

Mengulas isu dan semua pertikaian itu kepada Getaran, Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff berkata, penggunaan ubat pelali tidak memberikan kesan segera untuk ‘menumbangkan’ haiwan terbabit.

“Ubat pelali ini kalau kita tembak, kesannya bukan terus diperoleh tetapi mengambil masa kira-kira 20 minit sehingga setengah jam untuk haiwan itu tumbang atau pengsan.

“Maknanya dalam keadaan terdesak yang menyaksikan harimau kumbang terbabit ingin menyerang anggota PERHILITAN itu, dia terpaksa bertindak pantas untuk keselamatan diri kerana akan diterkam sekiranya menembak menggunakan ubat pelali,” katanya ketika dihubungi.

Menerusi laporan media, harimau kumbang jantan berkenaan sedang dijejaki PERHILITAN untuk ditangkap selepas menyerang dan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang remaja lelaki Orang Asli.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 18 tahun cedera dengan kesan koyakan di kepala dan lengan selepas diserang, dipercayai ketika mencari kayu.

Hasil penelitian pada bangkai harimau kumbang itu mendapati, terdapat banyak kesan kecederaan dipercayai kesan tetakan parang di kepala dan paha, akibat bergelut dengan mangsa.

Yusoff berkata, misi menjejaki harimau kumbang itu yang dirancang PERHILITAN pada peringkat awal, sememangnya hanya mensasarkan tembakan ubat pelali dan tangkapan.

Katanya, disebabkan itu beberapa anggota yang dihantar untuk melaksanakan misi berkenaan turut membawa perangkap dan dua senjata api, masing-masing berisi ubat pelali serta peluru.

“Namun, dalam situasi anggota kita secara tiba-tiba ingin diterkam dan terkejut, dia terus tertembak menggunakan senapang berisi peluru kerana jika pakai ubat pelali, memang harimau itu akan sempat terkam.

“Memang sebenarnya kita nak tangkap, kita bawa perangkap, senapang biasa dan senapang pelali, tapi dalam situasi terbabit memang tak sempat, kecuali dalam keadaan kita nampak harimau itu dari jauh kemudian kita tembak dulu dengan pelali bolehlah, sebelum haiwan ini pengsan untuk ditangkap,” katanya.

Mengulas mengenai pertikaian segelintir pihak mengenai kebenaran laporan mengatakan harimau kumbang itu masih mampu menerkam dalam keadaan cedera teruk, Yusoff berkata perkara terbabit tidak mustahil kerana kekuatan sebenar haiwan berkenaan sukar dipastikan.

“Kita kata haiwan ini cedera teruk tak mampu bertindak agresif, tapi kekuatan sebenarnya kita pun tak tahu. Lainlah dalam keadaan cedera teruk itu, haiwan ini sedang tidur atau tak larat berjalan,” katanya.

Pada masa sama, Yusoff berkata, PERHILITAN tidak akan sekali-kali bersikap lepas tangan, sebaliknya akan menyiasat secara terperinci kes serangan harimau kumbang terhadap remaja Orang Asli itu bagi mengetahui situasi sebenar kejadian.

Jelasnya, beliau akan bertemu remaja tersebut dan ketua kampung dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara berkenaan.

Namun, rekod PERHILITAN berhubung kejadian penduduk diserang haiwan liar mendapati, ia adalah berpunca daripada sikap mereka sendiri yang memasang jerat bagi memerangkap hidupan itu.

“Berdasarkan kes serangan haiwan ke atas individu direkodkan, contohnya diserang babi, kadang-kala individu diserang itu adalah orang yang memasang jerat. Dia pasang kemudian pergi tengok, babi itu akan serang dia, ini tak mustahil, tetapi mengenai kes harimau kumbang, kita belum tahu dan masih siasat.

“PERHILITAN tidak akan lepas tangan dan kita juga akan berbincang dengan ketua kampung supaya penduduknya berhenti memasang jerat demi keselamatan diri sendiri serta haiwan,” katanya. - Getaran, 14 Disember 2021

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

Calon PH Tumpu Usaha Pujuk Pengundi KKB Keluar Mengundi

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

Sukan 1 hari yang lalu

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah