web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naikkan Kadar RMT Kepada RM4, Perluas Program Untuk B40 - Maszlee Malik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 9:11PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya kerajaan menaikkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) RM2.50 kepada RM4 setiap pelajar, susulan kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, keputusan mengekalkan kadar RM2.50 adalah tidak munasabah kerana kualiti makanan yang diambil pelajar akan terjejas.

Katanya, kadar lama itu juga akan memberi tekanan kepada pengusaha kantin untuk menghasilkan makanan berkualiti dengan kadar RMT yang begitu rendah.

“Saya setuju kadar RMT perlu dinaikkan dari RM2.50 kepada RM4 berdasarkan keadaan barang-barang basah semasa yang semakin mahal.

“Kalau kekalkan kadar lama, ia sama ada akan menjejaskan kualiti makanan, atau jejaskan pengusaha kantin. Maka dicadangkan dinaikkan kadar tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Bajet) 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menggesa kerajaan memperluaskan program RMT kepada golongan M40.

“Begitu juga saya konsisten, dan ingin menyeru agar program Sarapan Pagi Percuma dilaksanakan, tetapi terdapat keengganan kerajaan dan pihak KPM.

“Tak apa lah, kita beralih kepada langkah lain, iaitu RMT perlu diperluaskan lagi. Bukan hanya B40, tetapi diperluas kepada sehingga M40 yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu Getaran, melaporkan Persatuan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) turut senada dengan bekas Menteri Pendidikan berhubung perkara itu.

Presidennya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, ramai ibu bapa golongan M40 mengadu tersepit akibat pandemik COVID-19 ketika ini.

“Jadi saya berharap agar golongan tersebut juga dipertimbangkan untuk program tersebut terutamanya keluarga yang tinggal di bandar dan memilik anak ramai,” katanya. - Getaran, 13 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad