web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adakah Jati Diri Melayu Berkurang Kerana Orang Cina - Steven Sim

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 5:17PM

Steven Sim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kesukaran mewujudkan asimilasi penduduk bukan Melayu di Malaysia berpunca daripada sikap kaum Cina terus menerima kecaman ramai.

Menurut Dr Mahathir, sikap kaum Cina yang memelihara komuniti, budaya dan cara hidup mereka, seperti penggunaan chopstick dikesan sebagai halangan utama terhadap usaha berkenaan.

Katanya, keengganan kaum terbabit mempraktikkan kehidupan gaya Malaysia, selain kecenderungan komuniti di negara ini untuk mengekalkan kaitan dengan kaum asal walaupun lahir dan dibesarkan sebagai warga negara tempatan, turut menyukarkan usaha asimilasi.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, beliau diajar sedari kecil bahawa kepelbagaian rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu adalah untuk mereka saling berkenalan dan belajar daripada satu sama lain.

Katanya, walaupun masih menggunakan kayu penyepit yang amat sinonim dengan masyarakat Tionghua, beliau tidak pula kekok makan menggunakan sudu dan garpu atau tangan, khususnya ketika menikmati juadah seperti nasi daun pisang dan piza.

“Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai komuniti, budaya dan cara hidup, saya mempratikkan cara makan mengikut kesesuaian hidangan dan perkara itu sama sekali tidak menggambarkan nilai jati diri seorang warga negara Malaysia.

“Tapi, taklah saya guna chopstick makan nasi lemak dan belum pernah lagi saya nampak orang guna tangan makan stimbot, namun kalau ada pun ok lah, janji makanan masuk mulut (dan) turun ke perut,” katanya hari ini.

Dakwaan Dr Mahathir itu katanya, disifatkan sebagai tidak wajar kerana sebagai kaum Cina, beliau tidak pernah bersikap mementingkan kaum sendiri semata-mata, sebaliknya mendekati semua gaya hidup dan menerima masyarakat lain secara terbuka.

“Saya baca hikayat orang Melayu, saya baca sastera Cina, saya juga minat puisi orang putih, terutamanya William Blake, Wordsworth dan novel penulis Asia moden seperti Murakami, Shusaku Endo serta Arundhati Roy.

“Saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris, namun saya berasa diri ini kerdil berbanding imaginasi leluhur Melayu yang membayangkan wira lagenda mereka, Hang Tuah fasih dalam 12 bahasa,” katanya.

Steven menarik perhatian, beliau turut bersikap adil ketika memberikan bantuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum.

“Sebagai bukti, saya pernah membeli komputer riba menggunakan wang sendiri kepada seorang pelajar universiti keturunan Bidayuh di Sarawak dan pelajar komuniti Orang Asli di Kelantan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Tegas beliau, kehidupan majmuk adalah tunjang kekuatan rakyat negara ini.

“Itu sebabnya saya selalu membantah persoalan sebegini, adakah saya orang Malaysia atau orang Cina? Saya bantah, tak kira soalan ini dibawa oleh siapa, waima pemimpin yang saya hormati.

“Soalan itu satu dilema palsu. Mengapa saya harus pilih? Saya 100 peratus orang Malaysia dan 100 peratus orang Cina,” katanya.

Pada masa sama Steven berkata, bukunya, Being Malaysia dan Hang Tuah : Adiwira Bangsa, ada menjelaskan bahawa adalah tidak logik apabila selepas lebih enam dekad negara dibentuk, rakyat diminta untuk memilih antara identiti kebangsaan dan identiti etnik masing-masing.

“Tidak logik mereka diminta memilih antara identiti kebangsaan dan identiti etnik sedangkan enam dekad lepas, datuk moyang kita sudah bersetuju untuk menubuhkan sebuah negara yang menerima setiap etnik itu seperti sedia ada tanpa asimilasi, tanpa diskriminasi, membabitkan Melayu, Cina, India, Iban, Kazadan, Dusun, Murut dan sebagainya.

“Adakah terkurang  kemalaysiaan saya, hanya kerana saya orang Cina?,” katanya. - Getaran, 13 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Dr Mahathir Pecah Belahkan Melayu Dan Negara 

2

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar