web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Perangi Penyangak, Lanun Kaut Untung Naikkan Harga - DPMM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 5:23PM

DPMM sedang melaksanakan kajian bagi mengenal pasti punca kenaikan mendadak harga barangan asa. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memerangi sepenuhnya penyangak dan lanun yang cuba mengaut keuntungan atas angin dengan menaikkan harga barangan, tatkala negara dan rakyat ‘bergelut’ untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi.

Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin berkata, selagi kegiatan jenayah itu tidak dibanteras hingga ke akar umbi, masalah terbabit tidak akan selesai.

Menurut beliau, keadaan itu akan memberi kesan kepada rakyat, terutama golongan B40.

“Sejarah sudah membuktikan bagaimana kegiatan menaikkan harga barangan secara tidak terkawal ini akhirnya mengheret negara dan rakyat kepada krisis politik, sebagaimana berlaku di kebanyakan negara Arab sehingga mencetuskan ‘Arab Spring’,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran.

Abdul Halim yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), pihaknya sedang melaksanakan kajian bagi mengenal pasti punca kenaikan mendadak harga barangan asas yang sedang hangat diperkatakan.

Abdul Halim Husin
Abdul Halim Husin

“Ia termasuk menganalisa kedudukan rantaian bekalan dan keselamatan makanan, di samping mengenal pasti amalan pencatutan harga serta budaya ‘kartel’ di pelbagai sektor ekonomi, seperti peruncitan dan perkhidmatan,” katanya.

Selain itu Abdul Halim berkata, DPMM sebagai pertubuhan ekonomi terbesar orang Melayu dan Bumiputera sentiasa peka dengan isu kemasyarakatan, terutama dalam membantu mengharungi musibah.

“Dalam mendepani era pasca pandemik menuju endemik  COVID-19 pula, DPMM sudah menyediakan portal khas Pusat Mediasi COVID-19.

“Usaha ini sebagai langkah untuk bersama-sama kerajaan membantu orang awam dan masyarakat peniaga menyelesaikan sebarang pertikaian yang mempunyai implikasi undang-undang,” katanya. - Getaran, 13 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen

2

Semasa 3 tahun yang lalu

OPR Naik Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kenaikan OPR: Hassan Patut Rujuk Kenyataan BNM, Bukan ‘Serang’ PM

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Main Badminton Guna Tangan Kiri, Turun Berat 12 Kilogram Antara Pengorbanan Jack Tan Untuk Filem 'Gold'

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad