web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Terhadap Anggota Terlibat Kes Buli - Zamrose

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 3:32PM

Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak akan sesekali berkompromi terhadap aktiviti buli dalam kalangan anggotanya, kata Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata siasatan menyeluruh akan dilaksanakan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut termasuk diberhentikan perkhidmatan mereka dalam TDM secara serta-merta.

“Tentera Darat biar saya maklumkan di sini, kalau betul kamu ditangkap menganiaya dan membuli anggota-anggota, jika disiasat serta didapati bersalah, akan diberhentikan serta-merta, secepat mungkin.

“Itu pendirian saya, tidak perlu proses (di) Mahkamah Tentera, akan (terus) beri hukuman, bentuk hukuman pula yang bukannya boleh dirujuk di Mahkamah Tentera, lepas itu akan diberhentikan, kalau tak yakin cubalah, memang saya akan buat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Galeri PTD di Muzium Tentera Darat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tangkap layar mesej seorang individu yang dimuat naik melalui Twitter @pedoqpop, mendakwa adiknya iaitu seorang anggota tentera yang tinggal di dalam kem bujang dipukul dan dibuli sekumpulan anggota (tentera) senior, baru-baru ini.

Pada 2 Disember lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan menggesa individu yang membuat dakwaan itu tampil memberikan maklumat supaya siasatan menyeluruh berhubung perkara itu dapat dibuat dengan identiti individu (pemberi maklumat) terbabit juga akan dilindungi.

“(Mengenai kes itu) saya dapat maklumat kata adiknya dibuli, tetapi saya akan bertindak hanya apabila dapat butiran terperinci sebab dia pun tak jelaskan, adik dia dari mana, unit mana, tentera laut, darat atau udara, macam mana nak siasat. Saya difahamkan kes telah diambil alih Kementerian Pertahanan,” katanya.

Dalam pada itu, Zamrose berkata Galeri PTD yang mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan bertujuan menyimpan dan mempamerkan koleksi PTD bermula dari yang pertama hingga terkini untuk tontonan orang awam sekali gus menghargai jasa dan sumbangan kesemua bekas PTD.

Beliau berharap segala koleksi yang berada di galeri terbabit akan menjadi sumber rujukan sejarah dan bahan ilmiah kepada masyarakat kini dan generasi akan datang selain mencerminkan keperibadian dan ketokohan bekas PTD semasa dalam perkhidmatan.

“Saya ingin menyarankan anggota tentera dan orang ramai untuk mengunjunginya dan saya yakin setiap pengunjung akan dapat menghayati segala pengalaman dan jasa bakti yang ditaburkan bekas PTD dalam memacu pembangunan dan kecemerlangan TDM,” katanya.

Jelasnya, TDM juga akan terus melaksanakan usaha pengumpulan dan mendokumentasikan setiap peristiwa bersejarah yang berlaku dalam TDM memandangkan ia bukan sahaja untuk dikenang bahkan boleh dijadikan teladan kepada anggota tentera pada masa akan datang.

Galeri PTD itu mempamerkan biografi 28 PTD berserta koleksi peribadi masing-masing termasuk watikah pelantikan, tongkat kuasa, pingat dan darjah kebesaran yang telah diterima serta koleksi peribadi sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam ATM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Anwar Mahu Tindakan Segera Dilaksana Ikut Undang-Undang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar