web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jho Low, Nicky Liow Belum Dimasukkan Dalam Senarai Interpol - KPN

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 7:53AM

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nicky Liow Soon Hee masih belum dimasukkan ke dalam senarai Notis Merah oleh Interpol (Polis Antarabangsa) kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM)  telah membuat permohonan Notis Merah itu bagaimanapun nama Jho Low dan Nicky Liow masih tidak dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki.

“Saya akan dapatkan pengesahan dari PJSJ (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan) kerana permohonan Notis Merah dalam Interpol perlu memenuhi beberapa protokol,” katanya.

Acryl Sani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Jho Low dan Nicky Liow dalam sidang media selepas melawat reruai 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

Pada November lepas Kementerian Dalam Negeri dilaporkan  mengakui tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jho Low.

Jho Low menjadi buruan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad manakala pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow berhubung sindiket Macau Scam.

Sementara itu Acryl Sani dalam kenyataannya malam tadi berkata Interpol telah mengeluarkan Notis Merah ke atas Jho Low dan Nicky Liow bagaimanapun notis berkenaan adalah hanya untuk tatapan agensi penguat kuasa sahaja.

Katanya Notis Merah oleh Interpol ke atas Jho Low telah diperoleh pada 11 Jun 2018 manakala Nicky Liow pada 20 April lepas.

“PDRM kekal komited dalam usaha memastikan kedua-dua penama ini dapat ditahan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

4

Semasa 6 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad