Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Minuman Keras, Barangan Runcit Bernilai Lebih RM150,000 Dirampas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 7:45PM

Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Nasir Deraman menunjukkan antara minuman keras yang dirampas. - Gambar Ihsan Kastam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Tindakan penyeludup yang cuba menyembunyikan muatan sebuah lori di sebuah gudang di Kampung Gual Pasung Hantu di sini, gagal apabila kesemua barangan itu dirampas, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Mohd Nasir Deraman berkata, lori berkenaan mengandungi minuman keras dan barangan runcit bernilai lebih RM150,000 termasuk cukai.

Menurut beliau, serbuan oleh pasukan operasi Bahagian Penguatkuasaan Rantau Panjang pada jam 6 petang itu membawa kepada rampasan 2,478 botol dan 96 tin minuman keras pelbagai jenama, sejumlah pakaian serta pelbagai barang runcit.

“Kesemua barangan itu disyaki diseludup masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

Katanya, hasil risikan dan maklumat awam, pasukan operasi berjaya mengesan sebuah lori jenis Hicom bersama dengan seorang pemandu warga tempatan berusia 40-an.

“Modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk barang-barang tidak diikrar melalui pintu masuk negara di ICQS Rantau Panjang tanpa berhenti di tempat pemeriksaan kastam.

“Mereka akan menggunakan khidmat tonto bagi memerhatikan setiap gerak geri

pegawai yang bertugas serta kehadiran pihak berkuasa di pintu masuk negara,” katanya.

Sindiket penyeludupan itu jelas Mohd Nasir lagi, akan membawa masuk barang-barang pada waktu puncak dan disembunyikan di gudang transit.

Beliau berkata, kesemua barangan itu kemudiannya akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk diedarkan dalam pasaran tempatan.

Jelas beliau, pemandu lori warga negara tempatan yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM20,000.

“Minuman keras diklasifikasi sebagai barang larangan import yang tertakluk di bawah Butiran 3, Jadual Ketiga / Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

“Barang makanan yang dibawa diklasifikasi sebagai barang larangan import yang tertakluk di bawah Butiran 35, Jadual Ketiga / Bahagian I, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 pengimportannya memerlukan permit dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya.

Mohd Nasir berkata, jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.

“Mereka juga boleh dipenjarakan tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti penyeludupan diminta menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.

“Pihak JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya. - Getaran, 12 Disember 2021

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Sumbangan Ahmad Rejal Tinggal Kesan Mendalam Dalam Dunia Kewartawanan Negara – Anwar

Sukan 10 jam yang lalu

Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu

Semasa 3 jam yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

Semasa 14 jam yang lalu

16 Kereta Dan 3 Rumah Rosak Akibat Pokok Tumbang Susulan Hujan Lebat Di KL