web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Kaji Cadangan Wujud Jawatan Warden Asrama Sepenuh Masa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 5:30PM

Datuk Dr Mah Hang Soon - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji cadangan untuk mewujudkan jawatan warden sepenuh masa di sekolah berasrama bagi menangani pelbagai masalah termasuk kes buli.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata ia perlu diperhalusi berdasarkan laporan penuh kes buli yang dilaporkan termasuk membabitkan pelajar Tingkatan Satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar dekat sini baru-baru ini.

“Terima kasih atas pandangan yang diberi tentang kes ini dan kita perlu menunggu laporan daripada pihak berkenaan sebelum apa-apa tindakan.

“Pihak kementerian akan membuat kajian lanjut berhubung pandangan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia di sini hari ini.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang dilaporkan berkata cadangan itu sudah dikemukakan pihaknya sekian lama serta berkali-kali membangkitkan isu berkenaan.

Aminuddin dilaporkan berkata guru yang menyandang tugas warden menjalankan tugas hakiki mengajar di sekolah namun pada masa sama menunaikan tanggungjawab menjaga dan mengawasi murid asrama sepanjang waktu.

Ditanya sama ada pihak kementerian akan mengadakan perbincangan bersama NUTP dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhubung cadangan itu, Dr Hang Soon berkata sebarang tindakan lanjut perlu berpandukan kepada laporan terperinci berkaitan kes yang dilaporkan berlaku.

“Pada peringkat ini paling terbaik adalah kita tunggu laporan terperinci daripada pihak berkenaan. Apa-apa tindakan kena berpandu kepada apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Sehingga kini, polis telah menahan 10 pelajar berusia 13 tahun termasuk seorang yang berusia 15 tahun susulan tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai.

Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 1 hingga 2 pagi 9 Disember lepas itu tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat, sehingga menerima kecaman orang ramai.

Sementara itu, beliau berkata siasatan lanjut turut sedang dijalankan berhubung satu lagi kejadian buli yang didakwa berlaku di sekolah berasrama di Pahang pada Jumaat minggu lepas dan KPM sedang menunggu laporan siasatan daripada pihak berkaitan.

Akhbar tempatan melaporkan empat pelajar dikurung di dalam sebuah bilik selama dua jam dan dijadikan seperti ‘karung tinju’ oleh sekumpulan lapan senior yang membelasah mereka selepas berang dengan tindakan mangsa menonton video melalui telefon bimbit.

Kejadian itu didakwa berlaku dengan kesemua mangsa berusia 14 tahun itu dikurung di dalam bilik sebelum dipukul, ditumbuk, disepak serta dikenakan hukuman rotan oleh sekumpulan pelajar tingkatan empat dan lima.

Mengenai majlis yang dihadiri pada hari ini, Dr Hang Soon berkata antara isu yang dibincangkan termasuklah cara-cara memastikan pengukuhan serta pemulihan pembelajaran dan pengajaran di sekolah semasa pandemik COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad