web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Rapatkan Saf Solat Masih Dalam Penelitian, Belum Ada Keputusan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 2:55PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan supaya saf solat jemaah di masjid dan surau kembali dirapatkan masih belum beroleh sebarang keputusan walaupun telah dikemukakan kepada pihak berwajib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini sedang meneliti perkara itu dan kebenaran masih belum diperolehi.

Menurut beliau, pihaknya terpaksa akur dengan perkara terbabit demi kemaslahatan masyarakat namun akan terus berusaha mencapai keputusan terbaik buat rakyat, khasnya umat Islam.

“Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ataupun agensi di bawah Hal Ehwal Agama tidak ada kuasa untuk memaksa mana-mana pihak bagi perkara ini, kerana ia juga tertakluk kepada bidang kuasa pihak agama negeri.

“Prosesnya adalah apabila ia telah dibincang, pihak saya akan mengarahkan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, begitu juga dengan negeri lain,” katanya, hari ini.

Bagaimanapun Idris memaklumkan, keputusan terbabit bergantung kepada bidang kuasa kerajaan negeri, dengan mengutamakan pandangan serta nasihat MKN.

“Mereka mempunyai pandangan sendiri, jadi kita kena hormat perkara ini, keputusan terakhir adalah tertakluk bidang kuasa di negeri itu sendiri.

“Sebab itu kita tengok kapasiti masjid dan surau di setiap negeri berbeza, seperti di Terengganu jemaah dibenarkan hadir mengikut keluasan masjid,” katanya.

Terdahulu Getaran melaporkan, Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan tindakan KKM membuktikan seolah-olah wujud diskriminasi keputusan melibatkan SOP di masjid dan surau.

Menurut beliau, kerajaan seolah-olah hanya mewujudkan alasan yang membuatkan beliau musykil terhadap perbezaan layanan SOP tersebut.

Sehubungan itu, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menggesa KKM membuat penilaian semula berkenaan SOP di masjid dengan memberi layanan yang sama.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar turut berpandangan serupa apabila menegaskan, tiada lagi keperluan untuk melaksanakan penjarakan sosial ketika solat berjemaah.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) antara masjid dan surau berbanding sektor lain ketika ini ternyata memiliki perbezaan yang amat ketara. - Getaran, 12 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad