Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sudah Tiba Masa Perkenal Akta Anti Buli, Terap Pemantapan Disiplin - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 9:00AM

Semalam, negara digemparkan dengan insiden seorang pelajar lelaki yang menjadi mangsa buli di asrama sekolah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden menimpa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia akibat dibuli rakan sekampus kira-kira empat tahun lalau sepatutnya menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Namun kisah menyayat hati itu ketika ini seolah-olah ‘terpadam’ di ingatan apabila satu demi satu kes buli didedahkan di media sosial.

Semalam, negara digemparkan dengan insiden seorang pelajar lelaki yang menjadi mangsa buli di asrama sekolah.

Lebih menyedihkan insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) berprestij di Kuala Kangsar, Perak.

Insiden terbaharu itu membuktikan gejala buli di negara ini berada pada tahap yang membimbangkan.

Menurut pakar kriminologi Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazirah Hassan, sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan Akta Anti Buli bagi membendung buli secara lebih serius.

“Buat masa ini tak ada akta khusus untuk anti buli.

“Kita sekarang cuma ada Akta Kanak-Kanak (20021) dan Kanun Keseksaan yang dilihat masih tidak cukup untuk melindungi kanak-kanak daripada masalah buli dan diskriminasi.

“Bila tak ada akta khusus, kes itu hanya termaktub dengan akta disiplin sekolah.

“Jika kita ada akta baharu, maka adalah hukuman yang wajar dan pelaku memang harus dihukum,” katanya kepada Getaran hari ini.

Menurut beliau, adalah wajar untuk kerajaan merangka satu akta khas berkaitan anti buli yang boleh diguna pakai di semua peringkat, terutamanya di sekolah untuk menangani masalah berkenaan.

Nazirah turut mencadangkan agar sekolah mengadakan lebih banyak program pemantapan disiplin secara bersasar.

“Sekolah harus bekerjasama dengan agensi luar atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk program pemantapan disiplin terutamanya jika ada rekod kes buli yang tinggi.

“Sekolah kena ada intervensi. Jika mereka banyakkan program pemantapan disiplin, ini dianggap salah satu bentuk tindakan tegas oleh pihak sekolah,” katanya.

Pada masa sama Nazirah berkata, pihak sekolah perlu mendidik pelajar mengenai kemahiran daya tindak ketika berhadap gejala buli.

Dr Nazirah Hassan
Dr Nazirah Hassan

“Memang ada kajian mengatakan mangsa buli perlu bertindak sama ada dia perlu melawan tapi melawan bukan dari aspek bergaduh semula. Ia lebih kepada cara bagaimana nak dapatkan semula hak anda.

“Jadi bila anda kena buli, anda kena tahu apa yang perlu dilakukan. Maksudnya anda kena buat aduan dan sekolah kena maklumkan kepada pelajar mengenai perkara ini. Inilah kita panggil kemahiran daya tindak,” katanya.

Begitu pun, beliau mengakui ramai mangsa buli takut untuk mendedahkan insiden menimpa mereka terutamanya di sekolah berasrama.

“Ketika di asrama, pelajar terikat dengan peraturan yang ketat.

“Mereka tak boleh keluar dan tak boleh sesuka hati guna telefon hubungi ibu bapa.

“Jadi mangsa seolah-olah tak ada pilihan untuk berhadapan keadaan itu.

“Bila beritahu warden, insiden itu dianggap sebagai gurauan, sebab itulah orang tak ambil serius.

Mangsa juga jelasnya, terlalu takut kerana masih usia kanak-kanak.

“Bila terlalu takut, dia akan terus-menerus akur menjadi mangsa buli,” katanya.

Mengulas mengenai video yang tular sejak kelmarin itu, Nazirah menegaskan tindakan tegas perlu diambil bukan sahaja kepada pelaku tetapi pelajar yang melihat insiden tersebut.

“Melihat kepada video itu, memang jelas terdapat unsur-unsur serangan fizikal, verbal dan psikologi.

“Jangan beri muka kepada pelaku dan pastikan mereka bertanggungjawab terhadap tingkah laku biadap yang dilakukan.

“Pihak sekolah juga perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan memainkan peranan penting untuk membimbing mangsa.

“Jangan sekadar mendiamkan diri kerana takut imej sekolah tercalar,” tegasnya.

Beliau menarik perhatian, pengurusan sekolah perlu membimbing mangsa untuk maklumkan kepada ibu bapa, membuat aduan kepada pihak berkuasa dan mendapatkan rawatan kaunseling.

Nazirah menyarankan kepada pihak berwajib supaya tidak hanya memberi tumpuan terhadap tapisan akademik semata-mata, sebaliknya saringan tingkah laku dan kesihatan mental perlu dilakukan ke atas setiap pelajar sebelum mereka diterima masuk ke SBP.

Beliau berpendapat, kes buli yang meningkat sejak akhir-akhir ini berpunca daripada budaya buli yang seolah-olah menjadi satu tradisi di sekolah berasrama.

“Kita tahu karakter pembuli ini, dia macam sombong. Lagilah apabila pelaku pelajar pintar.

“Lagipun buli dah jadi tradisi atau turun temurun di sekolah berasrama.

“Contohnya dulu saya dibuli oleh senior, jadi sekarang saya senior, giliran saya pula akan membuli junior. Ini boleh dikatakan sebagai konsep pengaruh dan kuasa. Pembuli belajar daripada masa lalu.

“Mereka rasakan perkara itu OK, tak ada masalah sehinggalah sampai satu tahap mangsa meninggal, barulah berhenti,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Dua Pelajar Buli Rakan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Buli MCKK Sedang Disiasat, Polis Sudah Terima Laporan Pada September - Polis

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Siasatan Kes Buli Pelatih TUDM Kuantan Kini Di Peringkat Akhir 

Sorotan

1

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

2

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

4

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

5

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

6

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

7

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

8

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Mahu Integriti Penjawat Awam Setimpal Pengiktirafan Kerajaan

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis

Sukan 4 jam yang lalu

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

Pendidikan 5 jam yang lalu

Guru Kreatif Bina Lorong Boling, Cungkil Bakat Muda Di Sekolah Pedalaman

oleh Rafisqi Radhi