web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Buli Viral Bukan Babit Sekolah Kementerian Pendidikan - Menteri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 7:56PM

Radzi Jidin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan awal Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung video tular memaparkan kejadian buli didakwa membabitkan pelajar di sebuah sekolah berasrama, mendapati kes itu tidak berlaku di institusi seliaannya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM sudah berhubung dengan pihak terbabit dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan sudah diambil.

Katanya, KPM komited untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras konsep ‘Sekolahku Sejahtera’.

“Saya menerima hantaran video yang tular berkenaan murid dipukul di sebuah asrama. Berdasarkan siasatan awal, kami mendapati kejadian terbabit tidak melibatkan institusi di bawah KPM.

“Namun, KPM sudah berhubung dengan pihak yang terbabit dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan sudah diambil,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, sebuah video tular di media sosial, memaparkan seorang pelajar lelaki menjadi mangsa buli apabila tangan mangsa dipegang dua pelajar sebelum ditumbuk di bahagian perut.

Kejadian itu yang didakwa berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Perak, turut memaparkan punggung mangsa diterajang seorang pelajar lain.

Tindakan itu menyebabkan mangsa terpaksa menahan kesakitan manakala beberapa pelajar lain yang menyaksikan kejadian terbabit pula tidak menghalang tindakan pelaku.

Penyebaran video berkenaan mengundang kemarahan netizen, apatah lagi insiden tersebut didakwa berlaku di sebuah sekolah berprestij, malah majoriti menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KPM segera mengambil tindakan sewajarnya. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar