web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempoh Diskaun Saman Wajar Dilanjutkan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 6:52PM

Orang ramai beratur untuk membayar kompaun saman trafik sempena program 100 hari Aspirasi #Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) disarankan untuk melanjutkan tempoh pembayaran diskaun saman trafik bagi memberi peluang kepada lebih ramai individu menikmati kemudahan diberikan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terlalu banyak rungutan didengar berhubung pelaksanaannya, walaupun diskaun 80 peratus ditawarkan itu membuatkan rakyat gembira dan lega kerana mampu membayar saman trafik pada harga jauh lebih rendah.

“Portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman yang sepatutnya membolehkan bayaran saman dibuat secara dalam talian tidak dapat diakses, menyebabkan orang ramai terpaksa berpusu-pusu ke kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kerana tawaran sah untuk tempoh empat hari sahaja,” katanya hari ini.

Diskaun saman trafik itu ditawarkan PDRM bermula 9 hingga 12 Disember ini bersempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Bayaran saman itu boleh dilakukan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), selain menerusi portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman serta di kaunter bayaran trafik IPK dan IPD di seluruh negara.

Namun, ramai merungut apabila sistem bayaran saman trafik secara dalam talian dan aplikasi MyBayar Saman gagal diakses.

Ahmad Zahid berkata, jumlah orang ramai di kaunter yang melebihi had membuatkan tidak semua berpeluang memasuki kawasan itu da terpaksa dan pulang dengan perasaan kecewa.

Katanya, tawaran yang sepatutnya menggembirakan itu sebaliknya menjadi kemarahan dalam kalangan rakyat.

Malah, jelasnya, keadaan terbabit sepatutnya boleh dielakkan jika perancangan teratur dilaksanakan.

“Memandangkan jumlah mereka yang mahu mendapatkan diskaun saman trafik terlalu ramai, tempoh masa untuk membuat bayaran wajar dilanjutkan.

“Ini demi berlaku adil dan mencapai objektif diskaun saman untuk mengurangkan beban rakyat semasa pandemik COVID-19,” katanya. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

4

Semasa 6 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad