web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JTK Diarah Siasat Dakwaan Buruh Paksa Dalam Syarikat ATA IMS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 7:33AM

Datuk Seri M Saravanan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUCHONG - Kementerian Sumber Manusia telah mengarahkan agensinya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk menyiasat secara terperinci laporan dakwaan berlaku kegiatan buruh paksa dalam kalangan pekerja penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), ATA IMS Bhd baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri M Saravanan berkata beliau telah melakukan lawatan ke kilang itu yang terletak di Johor kelmarin dan berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan sendiri oleh syarikat itu kepadanya.

“Dari segi peribadi saya berpuas hati dengan penjelasan ATA IMS. Saya juga lihat suasana kerja dan keadaan kilang semua dalam keadaan teratur, yang ada menyatakan (laporan) buruh paksa ini orang salah tafsir, namun saya arahkan JTK siasat secara mendalam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Jobs@mykomunity di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara di sini hari ini.

Mengenai program Jobs@mykomunity yang dianjurkan Persatuan Komuniti Sosio Kebajikan Malaysia (MyKomunity), Saravanan berkata inisiatif itu selari dengan usaha kerajaan untuk menyediakan lebih peluang pekerjaan khususnya kepada warga bandar kesan daripada pandemik COVID-19.

“Saya telah arahkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk melihat sejauh mana keberkesanan program ini, sekiranya berjaya kita akan bekerjasama dengan pihak MyKomunity untuk mengadakannya di bandar-bandar di seluruh negara,” katanya.

Jobs@mykomunity yang merupakan projek rintis itu berjaya menempatkan pekerjaan bagi 250 pencari kerja daripada komuniti B40 untuk bekerja dalam sektor kolar biru yang ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Batal Lesen Pengimport Dan Ejen Langgar Perintah, JKDM Disiasat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar