web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buli Jejas Kesihatan Mental, Individu Dewasa Tidak Terkecuali - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 3:50PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesan negatif terhadap kesihatan mental mangsa buli boleh mendorong golongan berkenaan bertindak agresif termasuk membunuh diri jika tekanan dialami terlalu parah.

Pakar kriminologi Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazirah Hassan berpendapat, kesan buli bukan saja dirasai golongan kanak-kanak atau remaja malah ia turut memberi impak negatif kepada individu dewasa.

Menurut beliau, kajian saintifik membuktikan bahawa buli boleh mewujudkan kesan jangka panjang dan berterusan kepada mangsa, termasuk trauma, ketakutan, kebimbangan, tersisih, rasa tidak berguna dan kesedihan melampau.

“Perasaan seumpama itu boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan fizikal dan juga memberi kesan sosial seperti penurunan prestasi kerja serta masalah dalam perhubungan.

“Namun apa yang lebih membimbangkan adalah mangsa buli turut cenderung mencederakan diri, membunuh diri, bertingkah laku agresif dan terbabit dalam penyalah gunaan bahan terlarang,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Nazirah Hassan
Nazirah Hassan

Nazirah menyatakan demikian ketika diminta mengulas kes yang buli yang didakwa berlaku di sebuah kem tentera baru-baru ini.

Beliau yang juga pakar dalam bidang psikologi berkata, kanak-kanak dan remaja adalah lebih terdedah dan berisiko kepada keadaan sedemikian berbanding orang dewasa.

Katanya, hal ini dapat dibezakan menerusi daya tindak dan daya tahan individu dewasa yang dianggap lebih ampuh berbanding golongan lebih muda.

“Justeru, remaja dan kanak-kanak lebih berisiko mengalami masalah kesihatan mental apabila dibuli,” katanya.

Menurut Nazirah, organisasi pekerjaan perlu memainkan peranan penting dalam usaha menangani masalah buli di tempat kerja yang kerap dihadapi golongan dewasa.

“Semua pihak (di setiap peringkat) perlu ada pengetahuan tentang buli dan jenisnya yang mungkin berlaku di tempat kerja. Mereka perlu ada aturan atau arahan jelas bahawa ia tidak boleh berlaku di mana-mana di tempat kerja.

“Mereka juga perlu ada pemantauan sistematik oleh pihak atasan menerusi Unit Integriti atau jabatan yang memantau tatatertib dan mengambil tindakan adil serta serius terhadap aduan. Pihak pengurusan juga perlu menggalakkan aduan (tidak kira daripada mangsa atau saksi) dan aduan terus kepada pihak atasan,” katanya.

Beliau berkata, ia adalah sebagai langkah pencegahan terhadap isu buli di tempat kerja.

Menurut Nazirah lagi, banyak kes buli di tempat kerja tidak dilaporkan kerana mangsa takut dan malu untuk membuat aduan, malah turut merasakan laporan dibuat itu bakal mengancam keselamatan diri, sekali gus memberi kesan kepada imej serta kerja mereka.

“Justeru, mangsa yang terkesan boleh dibantu dengan mendapatkan sokongan dari profesional seperti kaunselor dan psikologi. Mereka tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan dan jangan takut sekiranya dilabel.

“Seharusnya mereka perlu ada kesedaran untuk menjaga diri sendiri dan berusaha untuk kekal sihat, serta bangkit melawan dengan cara yang betul bagi mengelakkan daripada terus menjadi sasaran buli,” katanya. – Getaran, 9 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Dua Pelajar Buli Rakan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad