web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Akan Hantar 5,000-10,000 Rakyat Bekerja Di Malaysia Bulan Depan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 4:42PM

M Saravanan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Indonesia dijangka menghantar seramai 5,000 hingga 10,000 rakyatnya untuk bekerja di negara ini, bulan depan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata jumlah itu termasuk pekerja yang bakal bekerja di sektor pembinaan, pembuatan dan pekhidmat domestik Indonesia (PDI).

“Saya telah mencadangkan 5,000 hingga 10,000 pada peringkat awal termasuk pembantu rumah, apabila kami telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia, semua sektor lain turut dibenarkan (ke negara ini),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kuarters Pekerja Berpusat Bersepadu (ICLQ) di Pasir Gudang, di sini hari ini.

Beliau berkata satu Jawatankuasa Khas di bawah Jabatan Tenaga Kerja akan diwujudkan dalam masa terdekat bertujuan membela nasib warga kerja PDI.

“Ini adalah inisiatif kerajaan setelah berbincang dan kami telah bersetuju bahawa kami akan membela nasib warga kerja Indonesia, maka ini menjadi tanggungjawab kami untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk menunaikan janji kami,” katanya.

Saravanan berkata Indonesia turut memohon agar Malaysia menetapkan gaji minimum bagi rakyatnya yang bekerja di negara ini sebanyak RM1,500 sebulan.

“Tetapi saya memaklumkan kita tidak boleh menetapkan gaji RM1,500 itu kerana negara kita masih lagi menguatkuasakan gaji minimum RM1,200 sebulan.

“Namun, saya telah bersetuju gaji bermula dari RM1,200…maksudnya sekiranya majikan sanggup bayar RM1,500 sebulan, kerajaan tiada halangan,” katanya sambil menambah pihaknya akan berbincang dengan Bangladesh mengenai pengambilan pekerja asing dari negara itu selepas selesai MoU bersama Indonesia.

Semalam, dilaporkan menerusi pertemuan Saravanan dengan rakan sejawatnya Ida Fauziyah di Indonesia, Malaysia dan Indonesia bersetuju melaksanakan konsep ‘one maid one task’ iaitu seorang PDI boleh berkhidmat bagi isi rumah tidak melebihi enam orang.

Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Malaysia-Indonesia mengenai MoU Pengambilan dan Penempatan PDI akan diadakan pada 14 Dis ini bagi memperincikan perkara tersebut, serta membolehkan kedua pihak mencapai kesepakatan agar MoU PDI dapat dimeterai seawal Januari 2022.

Terdahulu, Saravanan dalam ucapannya berkata ICLQ berkeluasan 4.046 hektar merupakan penginapan pekerja asing yang boleh memuatkan seramai 16,000 orang, merupakan yang pertama di negara ini, dan ia direka mengikut Piawaian Keselamatan Penginapan Pekerja Global.

Beliau turut mengingatkan kepada semua majikan di negara ini untuk mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dengan menyediakan penginapan pekerja yang selesa.

Saravanan turut menyelar segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab yang tidak menjaga kebajikan pekerjanya termasuk menyediakan tempat tinggal yang selesa.

“Baru-baru ini saya melawat satu kilang yang mengeluarkan sarung tangan, pulangannya berjuta-juta atau bilion tetapi tempat tinggal pekerja asing, tempat tidur hanya sebesar keranda dua tingkat, cuba bayangkan.

“Saya perlu mengaku bahawa imej negara kita tercalar di peringkat antarabangsa disebabkan majikan yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

“Ini bukan salah kerajaan tetapi kerana majikan yang tidak bertanggungjawab dan Kementerian Sumber Manusia akan ambil tindakan tegas,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 40 minit yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad