web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, Indonesia Setuju Konsep 'One Maid One Task'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 8:48PM

M. Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia dan Indonesia bersetuju melaksanakan konsep ‘one maid one task’ iaitu seorang pekhidmat domestik Indonesia (PDI) boleh berkhidmat bagi isi rumah tidak melebihi enam orang, menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).

KSM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan persetujuan itu dicapai hasil pertemuan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan dengan rakan sejawatnya Ida Fauziyah di Indonesia.

Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Malaysia-Indonesia mengenai Memorandum Persefahaman Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI) akan diadakan pada 14 Disember ini bagi memperincikan perkara tersebut, serta membolehkan kedua pihak mencapai kesepakatan agar MOU PDI dapat dimeterai seawal Januari 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan sempena pertemuan Saravanan dengan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia itu, isu berhubung ‘one channel system’ juga telah dipersetujui antara kedua menteri untuk membolehkan pemantauan berkesan dalam kemasukan PDI ke Malaysia.

Saravanan mengadakan lawatan kerja ke Jakarta bermula Ahad lepas hingga hari ini susulan lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Indonesia bulan lepas.

Dalam sidang media bersama Ismail Sabri dan Presiden Indonesia, Joko Widodo sempena lawatan itu, mereka telah menyatakan komitmen untuk menyegerakan pemeteraian MoU PDI bagi menampung keperluan dan permintaan daripada majikan di Malaysia.

MoU PDI ditandatangani buat pertama kalinya pada 13 Mei 2006 di Bali dan susulan daripada itu, Protokol Meminda MoU PDI telah ditandatangani pada 31 Mei 2011 di Bandung yang telah tamat pada 30 Mei 2016.

Menurut KSM, pemeteraian MoU PDI perlu dilaksanakan segera kerana Indonesia hanya akan membenarkan kemasukan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ke Malaysia bagi sektor perladangan selepas MoU PDI dimuktamadkan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 April dan 12 November 2021 telah bersetuju dengan kemasukan pekerja warga asing sektor perladangan ke Malaysia secara pengecualian khas, menurut KSM. 

Sementara itu, KSM memaklumkan Indonesia menyambut baik pelaksanaan aplikasi mudah alih Working for Workers (WFW) sebagai platform aduan isu-isu perburuhan dan memohon agar aplikasi tersebut dapat digunakan secara efektif bagi menerima aduan daripada TKI dan PDI di Malaysia.

Hingga 5 Oktober lepas, jumlah aduan yang diterima menerusi aplikasi itu adalah sebanyak 12,132 kes dengan aduan utama adalah mengenai gaji tidak dibayar, pembayaran gaji lewat serta potongan gaji tidak mengikut undang-undang. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 37 minit yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar