web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua Dos Penggalak Di Bawah PICK Diberi Percuma

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 6:48PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua jenis vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) termasuk dos penggalak adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

ProtectHealth menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, ia termasuk vaksin COVID-19 keluaran Sinovac Biotech Ltd iaitu CoronaVac (Sinovac) yang ditawarkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta dan PPV off-site di bawah seliaan ProtectHealth menerusi program PICK dos penggalak.

“Ketersediaan vaksin Sinovac adalah terhad dan ia akan diberikan keutamaan kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap mana-mana vaksin COVID-19, selain daripada vaksin Sinovac seperti disyorkan oleh pakar perubatan bertauliah.

“ProtectHealth juga ingin memberitahu bahawa vaksin Sinovac turut dijual dalam pasaran swasta. Oleh sebab itu, akan terdapat sebilangan PPV fasiliti kesihatan swasta di bawah PICK yang akan menjual vaksin Sinovac secara terus bagi penerimaan dos penggalak.

“Penjualan vaksin di PPV fasiliti kesihatan swasta bukanlah dibawah program PICK dan tidak dikawal selia oleh ProtectHealth,” katanya.

Sehubungan itu, ProtectHealth menasihatkan penerima yang ingin mendapatkan vaksin Sinovac sebagai dos penggalak supaya bertanya kepada PPV fasiliti kesihatan swasta terlebih dahulu, sama ada premis seumpama itu turut menawarkan vaksin Sinovac melalui PICK.

“Fasiliti kesihatan swasta yang menjalankan pemberian vaksin Sinovac melalui PICK dan program pembelian vaksin perlu mengutamakan pemberian vaksin Sinovac di bawah PICK yang diberikan secara percuma terlebih dahulu, sebelum menawarkannya secara pembelian kepada penerima vaksin.

“PPV juga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada penerima dos penggalak akan ketersediaan vaksin Sinovac di bawah PlCK dan menjelaskan kepada mereka yang program pembelian vaksin di fasiliti kesihatan swasta tidak ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, ProtectHealth turut memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) lebih menyarankan penerimaan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca sebagai dos penggalak kerana ia mampu memberikan perlindungan lebih baik.

“ProtectHealth menyeru mereka yang telah menerima janji temu vaksin dos penggalak untuk segera mendapatkan vaksin mengikut tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.

“Sekali lagi ditegaskan bahawa semua jenis vaksin yang terlibat dalam pemberian dos penggalak oleh kerajaan telah disarankan oleh pakar perubatan bertauliah dan ia diberikan secara percuma,” katanya.

Sehingga Isnin, PPV fasiliti kesihatan swasta dan off-site di bawah seliaan ProtectHealth telah menyumbang lebih 1.91 juta dos penggalak bersamaan 63 peratus daripada keseluruhan 3,048,396 dos yang telah diberikan dalam PICK. - Getaran, 7 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar