web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khidmat Marsyal Perlu Kelulusan Polis - Timbalan KPN

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 2:56PM

Datuk Seri Mazlan Lazim berucap pada Majlis Pelancaran Perkasa C4I PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan menggunakan sebarang khidmat pengiring konvoi atau marsyal oleh individu atau kumpulan perlu mendapat kelulusan pihak polis selain menyatakan tujuan munasabah ia diperlukan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata sebarang permohonan bagi tujuan itu tanpa sebarang penglibatan pihak polis merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Mereka yang hendak berkonvoi kenderaan dengan khidmat marsyal perlu ada kelulusan itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian akan sertakan anggota untuk turut serta sebelum sebarang tindakan menahan mahupun melencongkan kenderaan boleh dilakukan oleh PDRM atau agensi penguatkuasaan lain.

“Apa yang menjadi masalah sekarang adalah tindakan baik individu atau kumpulan untuk menggunakan khidmat marsyal tadi dibuat secara haram tanpa mendapat kelulusan pihak polis dan mereka bertindak secara sendiri yang sudah terang menyalahi undang-undang,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Memperkasa Sistem Integrasi, Komputer, Komunikasi, Kawalan dan Arahan (C4i) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Mazlan dalam pada itu menasihatkan pihak bertanggungjawab tampil memohon kelulusan bagi memastikan aktiviti konvoi yang dijalankan lancar dan mematuhi peraturan serta tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Kita tidak mahu terlalu banyak aktiviti yang memerlukan khidmat marsyal ini sehingga mampu mengundang kemalangan jalan raya dan membahayakan pengguna kenderaan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata pihaknya mengarahkan semua Ketua Polis Negeri untuk melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di kelab-kelab rekreasi di negeri masing-masing.

Ia berikutan terdapat laporan perubahan lokasi parti persendirian dari premis hiburan ke kelab berkenaan baru-baru ini.

“Seperti yang berlaku kelmarin (Ahad lepas) apabila serbuan parti persendirian di ibu kota membawa kepada seramai 303 individu dikompaun membabitkan jumlah RM1.565 juta.

“Jadi penguatkuasaan pemantauan ini akan dilaksana bagi mengesan sebarang penganjuran di kelab rekreasi yang ada,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, beliau berkata PDRM akan memberi fokus kepada pembangunan serta pemerkasaan sistem C4i sedia ada, iaitu sistem yang menggabungkan struktur perintah serta kawalan dalam PDRM melalui komunikasi dan pengkomputeran serta integrasi sistem maklumat bersama agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen.

“Buat masa ini fokus diberikan kepada pembangunan sistem C4i di kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor, manakala penggunaannya di negeri lain hanyalah terhad bagi tujuan semakan lesen memandu, semakan rekod jenayah, orang hilang serta capaian maklumat daripada data JPN,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar