Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menara 188 Disewakan Kepada Syarikat Swasta, Hospitality 360

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 1:57PM

Menara 888 di Kuantan. - Gambar dari menarakuantan188.com.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN -  Menara 188, ikon bandar raya Kuantan, telah disewakan kepada syarikat swasta, Hospitality 360 Sdn Bhd sebagai operator menara itu yang akan kembali menerima pengunjung pada pertengahan bulan ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata sewaan itu bertujuan agar operasi dan penyelenggaraan menara itu berjalan baik, selain memberi pendapatan kira-kira RM600,000 setahun kepada kerajaan negeri. 

"Pembinaan Menara 188 tidak melibatkan kewangan kerajaan negeri sebaliknya melibatkan peruntukan daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri dan diletakkan di bawah Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). 

"Bagaimanapun, operasi dan penyelenggaraan menara ini memerlukan kemahiran dan kemampuan kewangan menyebabkan kita menyewakannya kepada pihak swasta. Sebenarnya kita menunggu agak lama sebelum ada syarikat yang berminat bertindak sebagai operator kerana ia siap dalam tempoh pandemik," katanya. 

Mohd Sharkar berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan tambahan Sim Chon Siang (PH-Teruntum) yang ingin mendapatkan pengesahan jika benar menara yang terletak di tepi Sungai Kuantan itu telah disewakan kepada syarikat swasta.

Penyewaan kepada syarikat swasta juga menurut Mohd Sharkar, bukan suatu yang luar biasa kerana kerjasama antara kerajaan negeri dan pihak swasta dalam sektor pelancongan adalah diperlukan terutamanya bagi menghidupkan semula sektor itu selepas teruk terkesan dengan COVID-19. 

Beliau berkata pembinaan menara itu adalah wajar bagi menjadi ikon atau tanda pengenalan kepada bandar raya Kuantan seperti mana Menara Berkembar Petronas (KLCC) menjadi ikon di Kuala Lumpur, Burj Khalifa di Dubai dan Menara Eiffel di Paris. 

Pada sesi soal jawab itu, Lee Chean Chung (PH-Semambu) juga membangkitkan persoalan mengenai harga tiket masuk bagi 'melihat dinosaur' di Zoo Teruntum di sini iaitu RM25 bagi dewasa dan RM22 bagi kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah mahal termasuk jika dibandingkan dengan beberapa zoo lain. 

"Jika ibu bapa yang mempunyai empat orang anak mahu memasuki zoo itu, mereka perlu mengeluarkan wang sebanyak RM138 dan ini sudah tentu bertambah jika membawa cucu. Kita mohon ini boleh dikaji semula atau sekurang-kurangnya memberi diskaun kepada pemegang kad pengenalan dengan kod negeri Pahang," katanya. 

Mohd Sharkar berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan tindakan yang boleh mengatasi masalah itu seperti pemberian baucar, walaupun harga tiket itu telah melalui beberapa pertimbangan dan perbincangan sebelum dimuktamadkan. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Pendidikan 14 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri