web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cedera, Maki Anggota Polis, Inspektor Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 7:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan kerana memaki hamun dan mencederakan anggota polis awal pagi semalam di Lebuh Queen, di sini, direman tiga hari bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata berdasarkan siasatan lelaki berusia 35 tahun yang bertugas di negeri Perak itu sedang menjalani hukuman tahan kerja atas kesalahan tatatertib.

"Dalam kejadian 1.30 pagi itu, polis menerima panggilan memaklumkan seorang lelaki sedang membuat bising disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dan kami terus ke lokasi, semasa proses memujuk suspek untuk berhenti membuat bising dia telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Malah lelaki itu juga enggan memberi kerjasama dan polis telah meminta suspek untuk pergi ke balai polis namun dia bertindak agresif serta melawan pihak polis mengakibatkan (suspek) cedera di bahagian siku kedua-dua tangannya," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Katanya pegawai polis itu kini direman selama tiga hari dan ditahan di Klinik Pakar Psikiatrik Jalan Perak untuk rawatan lanjut sementara polis menjalankan siasatan ke atas kes itu. 

Menurutnya kes itu disiasat menurut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad