Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keganasan, Buli Di Sekolah Perlu Ditangani Segera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 8:52AM

Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Buli di sekolah bukan isu asing dalam kalangan masyarakat, malah sering ‘dipertontonkan’ di media cetak serta elektronik.

Tindakan dilakukan dengan niat untuk menyakitkan tubuh badan dan emosi seseorang mangsa itu, bukan sahaja membabitkan serangan fizikal dan ancaman serta mencuri dan peras ugut, tetapi juga berkaitan penderaan lisan, termasuk mengejek serta gangguan seksual.

Meskipun buli kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak di sekolah, perbuatan itu kebiasaannya di luar pengetahuan ibu bapa atau guru kerana mangsa takut dan tidak melawan untuk mendedahkan keganasan dialami, terutama apabila diugut pelaku.

Isu buli ini sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin yang menggesa tindakan tegas serta sewajarnya diambil pihak berkaitan, untuk mengatasi perbuatan yang boleh memberi kesan serius kepada mangsa.

Antara kesan itu adalah psikologi, tekanan perasan, tiada keyakinan, rasa rendah diri, prestasi pelajaran merosot, jumlah kehadiran ke sekolah menurun, berdepan masalah menyesuaikan diri apabila dewasa dan lebih membimbangkan adalah boleh menyebabkan kematian.

Heng Seai Kie
Heng Seai Kie

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie, berkata kerajaan digesa bertindak segera untuk menangani keganasan dan buli di sekolah yang amat serius dan membimbangkan.

Beliau turut bimbang dan terkejut dengan laporan All Women’s Action Society (AWAM) mengenai hasil pengumpulan maklumat serta pengakuan daripada 770 pelajar berhubung beberapa isu keganasan dan buli, seperti gangguan seksual, pemeriksaan haid serta buli.

“Saya meminta Kementerian Pendidikan (KKM), pihak sekolah dan ibu bapa supaya segera berganding bahu melancarkan kempen ‘Tolak Keganasan Di Sekolah’ dengan menetapkan garis panduan, prosedur serta saluran aduan bagi mencegah keganasan.

“Usaha ini boleh dilakukan sambil meningkatkan kesedaran perlindungan kendiri pelajar dan menambah baik teknik pemantauan guru serta ibu bapa melalui pendidikan massa. Ini akan dapat mengelakkan pelajar daripada menjadi mangsa mahupun pelaku,” katanya.

Seai Kie berkata, apa mendukacitakan adalah sekolah yang seharusnya berperanan sebagai tempat anak membesar dan menimba ilmu secara sihat, selamat serta ceria, tanpa disedari kini sudah bertukar menjadi medan gangguan seksual, pemeriksaan haid, buli dan beberapa bentuk keganasan. 

Lebih memeranjatkan, katanya, apabila satu pertiga daripada pelaku kes itu terdiri daripada guru dan pentadbir sekolah.

Menurut Seai Kie, sekolah adalah institusi diamanahkan ibu bapa untuk mendidik anak mereka, justeru guru yang menjadi individu dipercayai dan dihormati anak murid sepatutnya menjadi pendidik, pelindung serta teladan baik kepada mereka.

“Mana-mana guru yang tergamak menyalahgunakan kuasanya untuk mencederakan pelajar secara fizikal mahupun mental mestilah diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Pada masa sama, Seai Kie berkata, disebabkan kurangnya kesedaran perlindungan kendiri atau rasa takut, ramai mangsa muda itu tidak begitu pasti sama ada mereka dibuli atau diperlakukan dengan cara salah.

Katanya, ada antara mereka tidak berani melaporkan kejadian dialami yang mengakibatkan pelakunya semakin berani dan mengulangi tindakan terkutuk itu.

Mengulas lanjut, Seai Kie berkata sekolah adalah imej atau cerminan sesebuah masyarakat, jadi beliau menganggap apa yang berlaku di institusi pendidikan itu hari ini akan menjadi lebih besar pada masa depan.

“Oleh itu, kami mengesa semua jabatan kerajaan berkenaan, terutama KPM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) supaya memandang serius laporan AWAM ini serta mengambil tindakan segera.

“Ini termasuklah menetapkan dasar dan strategi serta memformulasikan garis panduan jelas dilengkapi dengan saluran aduan awam terbuka dan berkesan,” katanya.

Jelasnya, segala informasi berkaitan haruslah disampaikan kepada setiap komponen sekolah, termasuk guru besar, guru, pembantu sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat melalui pendidikan massa, agar tindakan segera boleh diambil ke atas pelaku melalui pengaktifan mekanisme berkaitan.

“Perkara ini akan dapat menyampaikan mesej yang betul kepada masyarakat, sambil menegakkan keadilan untuk mangsa muda kita sebelum terlambat,” katanya. - Getaran, 5 Disember 2021

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris