web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NKVE Sesak Teruk Malam Tadi, Treler Rempuh Pembahagi Jalan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 8:15AM

Kemalangan melibatkan sebuah treler telah mengakibatkan kesesakan teruk di NKVE di Km 18.6 dari Kota Damansara ke Damansara, malam tadi. - Gambar dari twitter @getoverwithitla

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Km 18.6 dari Kota Damansara ke Damansara telah mengakibatkan kesesakan teruk, bermula pada 11.04 malam tadi.

Plus Highway dalam twitternya memaklumkan kemalangan itu telah menyebabkan lorong tengah dan lorong kanan di kedua-dua arah terhalang.

''Trafik perlahan di kedua-dua arah 2Km. Pandu berhati-hati,'' demikian menurut ciapan dari Plus Highway (@plustrafik).

Dalam pada itu, pengguna twitter Coki Ganyu Main (@getoverwithitla) turut berkongsi video kemalangan berkenaan di Twitter, yang menunjukkan sebuah treler telah merempuh masuk ke jalan bertentangan di NKVE, hingga menghalang kedua-dua laluan.

Video selama 20 saat itu juga menunjukkan sebuah kereta remuk. - The Vibes, 5 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad