web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Terkesan Lihat Rumah Daif, Dengar Luahan Golongan Miskin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 8:28PM

Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Flat Sri Pinang, Port Dickson, hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mengambil langkah segera dan mencari pendekatan serius untuk menangani krisis kemiskinan yang masih dihadapi rakyat di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mana-mana individu sebagai manusia boleh menunjukkan simpati dan menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan golongan miskin.

Namun, katanya, kerajaan perlu memainkan peranan untuk menangani isu berkenaan bagi memastikan kehidupan rakyat kurang mampu dibela dan dibantu, terutama ketika harga barangan semakin meningkat.

“Tadi saya melakukan ziarah ke beberapa rumah penduduk di Flat Sri Pinang di Port Dickson bagi menyampaikan sumbangan.

“Sebagai manusia kita boleh sahaja zahirkan rasa simpati dan hulurkan bantuan semampu yang boleh. Namun, sebagai kerajaan mahupun pembuat kebijakan mesti ambil langkah segera yang serius bagi menangani krisis nasional hari ini,” ciapnya di Twitter.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, situasi dihadapi penduduk di kawasan dilawati itu, termasuk mendiami rumah dhaif dan luahan mereka berhubung masalah kenaikan harga barang terlampau tinggi amat membuatkan beliau terkesan.

“Saya terkesan tatkala ada beberapa warga dengan keadaan rumah yang daif meluahkan mengenai masalah kenaikan harga barang melampau tinggi,” katanya.

Sebelum ini, Anwar dipetik sebagai berkata, kenaikan harga barangan keperluan yang tidak munasabah membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal untuk mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu.

Jelasnya, semua agensi kerajaan terbabit dalam isu berkenaan dilihat ‘lepas tangan’ kerana masih tiada tindakan proaktif dilaksanakan untuk menurunkan harga barangan.

Sejak akhir bulan lalu, harga barangan keperluan asas, termasuk sayur-sayuran dikesan meningkat pada kadar melampau sehingga ada antaranya dijual melebihi 200 peratus daripada nilai asal.

Harga itu dijangka terus meningkat dalam tempoh tertentu kerana permintaan tinggi hasil daripada pemulihan ekonomi. - Getaran, 4 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad