Berita Terkini

10 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Takut Ditangkap, Penjawat Awam Rugi RM395,000 Ditipu Macau Scam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 8:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Gara-gara takut ditangkap selepas didakwa terbabit dengan pengubahan wang haram, seorang penjawat awam kerugian sebanyak RM395,000 apabila diperdaya Macau Scam.

Kejadian itu disedari oleh mangsa yang juga seorang wanita berusia 50-an pada 2 Disember lalu, selepas mendapati wang simpanan miliknya berjumlah RM115,000 dan wang pinjaman RM280,000 yang diletakkan dalam satu akaunnya lesap.

Shafien Mamat
Shafien Mamat

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa ketika berada di rumahnya di Machang pada hujung September lalu telah menerima panggilan daripada suspek, yang menyamar sebagai pihak insurans.

Katanya, suspek memaklumkan mangsa telah membuat tuntutan insurans kemalangan sebanyak RM70,000, tetapi perkara itu dinafikan wanita berkenaan.

"Pada hari yang sama, mangsa turut menerima panggilan daripada suspek berbeza yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa, hasil semakan mendapati dia juga terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan akan ditangkap. 

"Sekiranya mahu menyelesaikan kes ini, mangsa diminta untuk menyediakan wang jaminan sebanyak RM500,000. Susulan itu, mangsa telah mendedahkan semua maklumat penting beberapa akaun bank miliknya kepada 'pegawai polis' berkenaan," katanya di sini hari ini.

Shafien berkata, mangsa dilarang memberitahu sesiapa berkenaan siasatan 'polis' yang sedang dijalankan, kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga akan terancam, sekiranya sindiket pengubahan wang haram mendapat tahu berkenaan kerjasama yang diberikan wanita itu kepada 'pihak polis'.

Menurut beliau, mangsa telah diarahkan untuk mengumpulkan semua wang miliknya ke dalam satu akaun bank sahaja, sekitar seminggu selepas itu.

"Susulan itu, mangsa telah mengeluarkan wang simpanan daripada beberapa institusi kewangan berjumlah RM115,000 dan memasukkannya ke dalam satu akaun bank miliknya yang telah dipilih oleh suspek.

"Bagi menyediakan wang jaminan, pada Oktober dan November, mangsa membuat pinjaman dari dua bank berbeza berjumlah RM280,000 yang kemudiannya dipindahkan ke akaun bank miliknya," katanya.

Mengulas lanjut Shafien berkata, wanita berkenaan juga ketika itu masih dalam proses membuat pinjaman dengan sebuah lagi institusi kewangan kerana wang jaminan belum mencukupi.

"Pada 2 Disember, mangsa telah membuat semakan baki akaun di bank dan mendapati, semua wang simpanan dan wang pinjaman yang dibuatnya telah dipindah keluar ke akaun bank pihak ketiga tanpa pengetahuan serta kebenaran," katanya.

Shafien berkata, menyedari dirinya sudah diperdaya, wanita terbabit membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Menurut Shafien, kegiatan jenayah penipuan telekomunikasi seperti Macau Scam telah mendapat liputan yang meluas di media massa dan sosial tetapi masih ada individu yang terpedaya.

"Pelbagai taktik digunakan suspek dengan menyamar sebagai pegawai bank, mahkamah, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), polis dan terkini pihak insurans. 

"Kita menasihatkan masyarakat supaya membuat semakan secara terus dengan balai polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah  berhampiran apabila menerima panggilan meragukan atau menghubungi ‘CCID Scam Response Centre’ di talian 03-26101559 dan 03-26101599 yang telah ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, untuk membuat pertanyaan berkaitan jenayah telekomunikasi seperti Macau Scam atau lain-lain jenayah komersil / penipuan siber," katanya. - Getaran, 4 Disember 2021

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin Tidak Layak Beri Kenyataan Selagi Gagal Bantu Panggil Menantu Hadapi Tuduhan Pecah Amanah – Fahmi

Semasa 13 jam yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 2 jam yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 9 jam yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman