web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Mudah Mutasi, Lebih Banyak Varian Baharu Muncul Selepas Omicron?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 6:02PM

Jenis-jenis varian COVID-19

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelmarin, negara digemparkan dengan kes pertama varian baharu COVID-19, Omicron yang dikesan di Ipoh, Perak.

Situasi itu menimbulkan tanda tanya ramai, bagaimana cara kita menjalani kehidupan bersama varian baharu itu yang didakwa lebih berbahaya daripada Delta.

Pakar perubatan, Dr Fathul Farisan tidak menolak kemungkinan akan wujud lebih banyak varian baharu selepas ini kerana sifat virus COVID-19 yang mudah bermutasi.

“Virus COVID-19 tidak akan berhenti bermutasi. Selepas Omicron akan wujud varian lebih baru Pi, Rho dan seterusnya. Itu sudah pasti. Itu sifat semula jadi virus.

“Sebab itulah perancangan ramai pihak, khususnya pihak pembuat polisi yang menganggap bahawa COVID-19 ini ialah krisis sepintas lalu adalah salah sama sekali.

COVID-19 akan wujud bersama kita selama-lamanya. Kita sekarang sedang berhadapan dengan krisis kesihatan paling getir,” katanya hari ini.

Dr Fathul yang juga pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Optimum Malaysia berkata, proses membina semula kehidupan seperti sebelum pandemik COVID-19 adalah sangat sukar dan akan mengambil masa lama.

“Isunya ialah bagaimana hendak hidup bersama COVID-19? Bagaimana kehidupan dalam ‘New Normal’?

“Adakah setiap kali muncul varian baru, maka setiap kali itulah kita gelabah dan mencari-cari prosedur operasi standard (SOP)? Perancangan awal ialah kunci dalam mengatasi pandemik ini untuk sentiasa ‘stay ahead of the curve’,” katanya.

Malah beliau mendakwa, varian Omicron bukan hanya berada di Afrika Selatan tetapi sudah tersebar ke seluruh dunia ketika ini.

“Ia kerana Afrika memang ramai pakar penyakit berjangkit, pakar epidimiologi, sebab sebelum COVID-19 pun mereka memang berperang dengan pelbagai penyakit.

“Varian Omicron sudah tersebar ke seluruh dunia dan hanya ‘dikantoikan’ di Afrika oleh para penyelidik ini,” katanya.

Dr Fathul berkata, perkara sama turut berlaku melibatkan virus Spanish Flu suatu ketika dahulu yang sebenarnya bukan berasal dari negara itu.

“Tetapi disebabkan Sepanyol tak ikut berperang (neutral) ketika Perang Dunia Pertama, maka saintis di Sepanyol menggunakan masa dan kepakaran mereka untuk mengkaji penyakit berjangkit.

“Dan mereka menemui Spanish Flu yang sudah lama menjangkiti askar-askar negara lain yang berperang,” katanya.

Susulan itu, beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang hanya melakukan sekatan perjalanan terhadap lapan negara yang melaporkan penularan Omicron ketika ini.

“Sekarang ini sudah ada kes-kes varian Omicron dilaporkan di seluruh dunia di negara seperti United Kingdon (UK) dan Australia.

“Malah tidak pelik pun kalau sudah ada di Malaysia. Jadi, keputusan sekatan perjalanan untuk negara Afrika sahaja adalah aneh,” katanya. - Getaran, 4 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad