Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tidak Perlu Tutup Pintu Sempadan Tapi Perketat Pematuhan SOP - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Dec 2021 8:25AM

Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura telah dilaksanakan serentak dengan VTL udara pada 29 November lalu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak ada keperluan untuk menutup pintu sempadan antarabangsa termasuk menghentikan seketika Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat antara Malaysia serta Singapura selepas kes pertama varian baharu COVID-19, Omicron dikesan di negara ini, semalam.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat berkata, kerajaan sudah mengambil langkah kawalan dengan mengenakan sekatan penerbangan terus atau transit dari lapan negara yang melaporkan penularan Omicron ketika ini.

“Pada saya tidak perlu tutup sempadan tetapi perlu ‘screen’ keperluan kemasukan pengembara luar mengikut risiko jangkitan di negara berisiko tinggi berlaku penularan.

“Kenaikan jumlah kes memang akan berlaku apabila pintu sempadan dibuka, bukan hanya disebabkan varian baharu ini tetapi kerana kadar penularannya yang lebih pantas,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Menurut beliau, masyarakat juga tidak perlu panik kerana varian tersebut hanya menyebabkan penyakit COVID-19 tahap ringan dan sederhana setakat ini.

“Walaupun masih banyak yang tidak diketahui mengenai varian itu tetapi laporan baru-baru ini menyatakan meskipun kes meningkat, majoriti mereka yang dijangkiti hanya bergejala ringan.

“Jadi tidak perlu panik. Rata-rata pesakit hanya mengadu mengalami keletihan yang teruk selama satu atau dua hari, kemudian sakit kepala dan sakit badan sebelum keadaan mereka bertambah baik,” katanya.

Begitupun, Dr Halimatus Sakdiah menasihati orang ramai supaya mengamalkan prosedur operasi standard  (SOP) pada tahap tertinggi untuk mengelak dijangkiti varian tersebut.

“Kadar jangkitan Omicron jauh lebih tinggi dan pantas berbanding Delta yang digeruni ramai sebelum ini, tetapi kita tidak melihat pesakit yang bergejala teruk setakat ini.

“Apa yang penting terus patuh SOP ditetapkan. Pakai pelitup muka di tempat awam, kerap basuh tangan dan guna hand sanitizer, elakkan tempat sesak dan keluar apabila perlu sahaja," katanya 

Tegas beliau, ujian kendiri COVID-19 perlu dilakukan sebelum melakukan perjalanan merentas negeri, termasuk untuk pulang ke kampung atau bercuti. 

"Langkah berjaga-jaga amat penting dalam mengekang penularan varian baharu ini,” katanya.

Pada masa sama, Dr Halimatus Sakdiah turut mengesyorkan agar kerajaan memperketatkan penguatkuasaan kepada pematuhan terhadap SOP daripada melaksanakan semula sekatan pergerakan seperti sebelum ini.

“Ambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak patuh SOP ditetapkan. Malah masyarakat juga harus diberitahu keadaan situasi semasa jangkitan tersebut dari semasa ke semasa supaya mereka lebih berwaspada.

“Ini termasuk maklumat berkaitan kadar kemasukan ke hospital, penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), jumlah kematian dan juga kes bergejala teruk. Semuanya perlu dimaklumkan secara telus,” katanya.

Beliau juga menekankan kepentingan pengambilan suntikan dos penggalak COVID-19 buat masa ini.

“Kalau tak ambil risiko individu tersebut hampir sama dengan mereka yang belum divaksin. Jadi pengambilan dos penggalak amat penting.

“Kerajaan perlu galakkan lebih ramai ambil dos penggalak. Malah bekalannya juga haruslah mencukupi kerana ada yang masih tercari-cari maklumat lokasi mereka perlu ambil suntikan ini,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan kes pertama positif varian Omicron itu dikesan ke negara ini sebelum Afrika Selatan melaporkan penemuan varian baharu tersebut.

Individu terbabit yang juga pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak sudah lengkap divaksin dan tidak menunjukkan sebarang gejala serta mematuhi sepenuhnya arahan kuarantin di rumah.

Media sebelum ini melaporkan, saintis di Afrika Selatan pada 26 November lalu mengenal pasti varian baharu COVID-19 yang dikhuatiri lebih mudah menular berbanding Delta dan mungkin menjejaskan tahap keberkesanan vaksin sedia ada.

Susulan pengumuman itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sedang mengawasi perkembangan varian tersebut dengan teliti. - Getaran, 4 Disember 2021

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan