web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kesan Peserta Konvoi Bantah Kenaikan Harga Barang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 8:09AM

Dellhan Yahaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan peserta yang terlibat dalam konvoi kenderaan membantah kenaikan harga barang yang berlangsung di sekitar ibu kota semalam untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Dellhan Yahaya berkata ia berikutan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung konvoi berkenaan.

''Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021 iaitu larangan berarak.

“Pada hari ini, sebanyak lima kenderaan dikesan memasuki daerah Dang Wangi sambil melekatkan kertas di kenderaan masing-masing yang bertulis ‘rakyat tuntut tiga’, ‘Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kurangkan kaji lebihkan kerja’, ‘menteri hentikan komen tidak sensitif!’, ‘#3 kartel / rasuah dihapuskan’, ‘#3 kuatkuasa undang-undang’,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata konvoi berkenaan dikesan melalui Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menghala ke Kompleks Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang sedang berkuat kuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 26 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad