web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berat Hati Petanda Buruk, Nelayan Dan Anak Lemas Di Laut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 9:13PM

Mayat 2 beranak yang lemas ketika keluar memukat udang, ditemui terdampar di pantai Kampung Tepi Sungai kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Ketika berbual bersama isterinya malam tadi, seorang nelayan, Mohamad Ariffie A. Razak, 61, memaklumkan yang dia tidak mahu turun ke laut hari ini kerana merasa tidak sihat. 

Namun takdir menentukan segalanya apabila warga emas itu yang tetap keluar untuk memukat udang pagi tadi, ditemukan maut akibat lemas di laut bersama anak kelapan mereka, Zulhusni, 29. 

Menurut Latipah, dia percaya tragedi itu mungkin berlaku setelah Zulhusni diserang sawan hingga mengakibatkannya jatuh ke laut. 

"Anak saya memang telah lama menghidap sawan. Mungkin dia diserang sawan lalu jatuh ke laut dan suami pula turut sama terjun dan berusaha menyelamatkannya. 

"Setahu saya suami memang pandai berenang dan kami reda dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. 

Tambah Latipah, Mohamad Ariffie ada memaklumkan kepadanya semalam yang dia tidak mahu ke laut hari ini kerana merasa tidak sihat. 

"Namun apabila saya terjaga dari tidur kira-kira jam 6.30 pagi, mereka berdua sudah tiada di rumah," katanya. 

Bot yang dinaiki 2 beranak yang lemas ketika keluar memukat udang, ditarik untuk dibawa ke jeti.
Bot yang dinaiki 2 beranak yang lemas ketika keluar memukat udang, ditarik untuk dibawa ke jeti.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah memaklumkan, jasad dua beranak itu ditemui terdampar di pantai Kampung Tepi Sungai kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

"Pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh kedua-dua mangsa.

"Mayat mereka dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. - Getaran 2 Disember 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 14 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar