web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan Kelantan 2022 Catat Defisit Lebih RM90 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 3:50PM

Ahmad Yakob membentangkan Belanjawan Kelantan 2022 hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Belanjawan Kelantan 2022 yang dibentangkan hari ini mencatatkan defisit sebanyak RM90.49 juta, berbanding RM66.02 juta tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, Belanjawan 2022 yang bertemakan 'Kelantan Maju Rakyat Sejahtera' itu menyaksikan peningkatan defisit sebanyak RM24.47 juta.

Katanya, Kelantan diramalkan memperoleh pendapatan sehingga RM991.74 juta tahun depan, dengan penyumbang utama adalah agensi kerajaan yang dijangka menghasilkan RM339.65 juta atau 34.25 peratus.

"Hasil tanah menjadi penyumbang kedua terbesar dengan jumlah RM317.59 juta (32.02%); ketiga adalah terimaan lain-lain RM181.62 juta (18.31%); diikuti hutan RM97 juta (9.78%); perlombongan iaitu royalti mineral serta permit tanah dan galian sebanyak RM37.01 juta (3.73%).

 “Pelaburan mencatatkan RM11.2 juta (1.13%); air RM7.3 juta (0.74%) manakala kutipan rumah awam kos rendah (RAKR) sebanyak RM378 ribu (0.04%),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Kali Yang Kedua (Belanjawan) Bagi Penggal Keempat di Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Menurut Ahmad, belanjawan kali ini memperuntukkan sejumlah RM1.51 bilion sebagai perancangan berbelanja secara berhemat, yang menjurus kepada enam teras utama iaitu transformasi kewangan; memacu ekonomi; pendidikan dan agama; kesejahteraan rakyat; perlindungan sosial dan kebajikan.

Katanya, perbelanjaan mengurus pada 2022 dijangka menelan RM1.08 bilion berbanding RM1.09 bilion pada 2021, iaitu penjimatan sebanyak RM7.46 juta (0.68%)," 

"Peruntukan pembangunan bagi 2022 adalah berjumlah RM428.3 juta dan ia dibiayai di bawah peruntukan negeri dan sumber pinjaman.

"Walaupun setiap tahun anggaran belanjawan negeri mencatat defisit, namun untuk empat tahun berturut-turut kerajaan negeri telah mencatatkan perbelanjaan sebenar yang surplus iaitu RM38.82 juta dalam tahun 2017, RM40.46 juta pada 2018, RM445.69 juta pada 2019 dan RM45.44 juta pada 2020,” katanya.

Ahmad menarik perhatian, teras transformasi kewangan yang dibentuk telah menggariskan beberapa pendekatan seperti pengukuhan aliran tunai berdasarkan matching concept dengan penekanan kepada keutamaan perbelanjaan.

Kerajaan juga jelasnya, berhasil meningkatkan pelaburan am daripada RM5.64 juta kepada RM11.2 juta, iaitu pertambahan sebanyak 101.44 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Kerajaan negeri juga akan mewujudkan tabung pinjaman tahun hadapan, dengan peruntukan sebanyak RM30.53 juta,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta untuk program khas pembangunan ekonomi dan pembangunan ekonomi jajahan serta RM3.7 juta untuk program usahawan berdikari termasuk program Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan (MPUK).

"Peruntukan sebanyak RM140.6 juta diberikan kepada aspek pembangunan dan program pendidikan, dengan RM126.6 juta daripadanya diperuntukkan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK), melibatkan peningkatan sebanyak RM1.6 juta.

"Semenjak wabak COVID-19 melanda negara, kerajaan telah menguruskan perbelanjaan sejumlah RM122.8 juta untuk menangani kesan pandemik di negeri ini," katanya. – Getaran, 2 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 6 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad