web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Terima Memorandum Bantahan, Janji Bangkitkan Isu Kenaikan Harga Barangan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 1:27PM

Anwar dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Pandan, bertemu dengan 30 ahli pelbagai NGO bagi membantah kenaikan harga barang, di luar pagar Parlimen, hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beban ditanggung rakyat ekoran kenaikan harga tidak terkawal barangan keperluan akan dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Jaminan itu diberikan beliau ketika menerima memorandum bantahan di depan pagar utama ke Parlimen pagi tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, memorandum terbabit diserahkan oleh gabungan badan bukan kerajaan (NGO), terdiri daripada Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM), Otai Reformis 1998, Jingga 13 dan Gerak 98.

“Ini (kenaikan harga barang) tidak boleh diterima sama sekali, InsyaAllah saya akan bangkitkannya di Dewan Rakyat,” katanya di laman Facebook hari ini.

Getaran difahamkan, sekitar 30 individu daripada gabungan NGO terbabit berkumpul di pintu pagar Parlimen untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Kenaikan harga sayur sejak kebelakangan ini telah mengundang kemarahan rakyat. - Gambar hiasan
Kenaikan harga sayur sejak kebelakangan ini telah mengundang kemarahan rakyat. - Gambar hiasan

Antara lain, memorandum itu menyatakan bahawa kenaikan harga sayuran antara 50 hingga 150 peratus amat sukar diterima rakyat, lebih-lebih lagi apabila ia dikaitkan dengan perubahan cuaca dan kenaikan kos input pertanian yang diimport.

Mereka juga meminta Anwar mendesak kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk lebih proaktif dalam menangani serta mengawal kenaikan harga barangan secara agresif. – Getaran, 2 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 15 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar