web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemasukan Pelajar, Pekerja Asing Dari Negara Dikesan Varian Omicron Disekat - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 4:46PM

Penumpang memakai PPE beratur untuk daftar masuk penerbangan di KLIA pada 29 November. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kemasukan pelajar antarabangsa dan pekerja asing dari negara yang dikesan mempunyai varian baharu COVID-19, Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 20 negara sudah melaporkan pengesanan varian baharu itu setakat semalam.

Menurut beliau, 20 negara terbabit adalah Afrika Selatan, Botswana, Belanda, Portugal, United Kingdom, Australia, Hong Kong, Itali, Brazil, Kanada, Denmark, Sepanyol, Perancis, Israel, Austria, Belgium, Republik Czech, Jerman, Sweden dan Jepun.

“KKM akan menyediakan senarai negara yang melaporkan kes penularan varian Omicron dan juga ditakrifkan sebagai berisiko tinggi secara harian untuk diedarkan kepada agensi berkaitan.

“Senarai ini kita akan kemaskini setiap hari berdasarkan kepada penilaian yang akan dibuat KKM,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Pada 26 November lalu, Khairy mengumumkan sekatan perjalanan sementara ke tujuh negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

Beliau berkata tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan serta kawalan sempadan bagi pengembara yang tiba di pintu masuk negara berkuat kuasa Sabtu lalu.

Namun katanya, Malawi hari ini muncul sebagai negara terbaharu dalam senarai sekatan perjalanan tersebut.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan jika wujud keperluan untuk melakukan sekatan perjalanan sementara ke atas United Kingdom, Belanda, Belgium, Jerman dan Australia berikutan laporan penularan varian Omicron di kalangan rakyat negara terbabit.

“Sebaik sahaja kita ada lebih banyak maklumat mengenai status kes di negara terbabit dan selepas melengkapkan penilaian risiko, kita akan putuskan sama ada perlu atau tidak ia dimasukkan dalam senarai sekatan perjalanan.

“Tapi saya boleh maklumkan semua negara terbabit sedang di bawah penilaian ketika ini,” katanya.

Mengulas mengenai pengembara dari Malaysia dan Singapura yang melakukan perjalanan di bawah Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) melalui udara, Khairy berkata mereka perlu menjalani ujian pengesanan kendiri COVID-19 pada hari ketiga dan ketujuh selepas ketibaan.

Malah katanya, penggunaan sistem ‘autogate’ Jabatan Imigresen turut dihentikan sementara berkuat kuasa serta-merta.

“Penerbangan membawa penumpang dari negara yang melaporkan penularan varian Omicron atau negara berisiko tinggi berlaku penularan disenaraikan, hanya dibenarkan masuk ke Malaysia melalui KLIA sahaja.

“Pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu menyediakan gate khas bagi penerbangan tersebut,” katanya. - Getaran, 1 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar