web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Kafe Popular ‘Pork Free’ Akui Tiada Sijil Halal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 3:58PM

Tangkap layar menunjukkan sebuah kafe popular mengaku tidak mempunyai sijil halal.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilihan makanan halal perlu diberi perhatian kerana umat Islam hari ini mudah terdedah kepada pelbagai jenis makanan yang dihasilkan pengusaha bukan Islam.

Segelintir kafe berkenaan ada kalanya memaparkan papan tanda no pork atau pork free, termasuk di pusat beli belah.

Lebih membimbangkan, apabila ada restoran atau kafe yang tidak diketahui status halalnya tetapi masih menjadi kegilaan ramai termasuk pelanggan beragama Islam selepas hidangan ditawarkan tular di media sosial.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook mendedahkan sebuah kafe di ibu negara yang terkenal dengan pelbagai hidangan pencuci mulut tidak mempunyai sijil halal.

Lebih mengejutkan, perkara itu turut disahkan sendiri oleh kafe terbabit.

Berdasarkan tangkap layar skrin mesej yang tular di Facebook itu, kafe terbabit memaklumkan mereka tidak mempunyai sijil halal kerana turut menjual dua jenis kek yang mengandungi alkohol.

Dua jenis kek tersebut ialah Tiramisu with Alcohol dan Guinness Bailey’s Cake.

Begitupun, jurucakap kafe tersebut menegaskan semua bahan penyediaan makanan mereka diperolehi daripada pembekal yang halal.

“Kafe kami juga pork free dan kami tidak memasak hidangan dengan alkohol,” katanya.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian seorang bekas pekerja di kafe terbabit yang memberi jaminan bahawa peralatan digunakan untuk membuat pastri berasaskan alkohol telah diasingkan.

“Saya pernah bekerja di sana sekali, iaitu di dapur pastri. Saya boleh beri jaminan mereka asingkan peralatan untuk pastri alkohol.

“Tambahan pula mereka menghormati saya dan tidak meminta saya untuk menyediakan pastri tersebut,” katanya.

Turut mengejutkan ramai adalah pendedahan mengenai status halal sebuah kafe ais krim tempatan yang popular di ibu negara.

Tangkap layar menunjukkan kafe aiskrim popular mengaku tiada sijil halal
Tangkap layar menunjukkan kafe aiskrim popular mengaku tiada sijil halal

Kafe tersebut turut mengakui tidak mempunyai sijil halal ke atas produk jualannya.

“Hello, malangnya kami tidak (halal),” kata jurucakap itu menjawab pertanyaan sama ada kafe tersebut disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pendedahan itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet yang rata-ratanya penggemar produk di dua kafe terbabit.

“Hopefully diaorang tak guna bekas yang sama untuk bancuh kek yang ada alkohol untuk buat kek atau dessert lain. Masih syubhahlah hukumnya.

“Am pernah pergi sekali je. Lepas ternampak kek alkohol tu macam hmmm last and forever lah tak pergi dah,” kata pula Amrina Meena.

“Selalu pergi sana. Tapi terkesima bila tengok tiramisu dengan Guinnes tu. Lepas tu dah elakkan pergi sana,” kata Ndy Wen.

Seorang lagi pengguna, Arison Buyong pula berkata, pelanggan beragama Islam perlu memastikan premis dikunjungi benar-benar halal, selari dengan tuntutan agama.

“Kita ramai ikut-ikutan. Tengok orang lain makan, ikut la kita. Betapa kita ambil remeh. Tak salah kita check betul-betul yang halal certified tentu-tentu halal. Carilah yang yakin halal,” katanya.

“Masih ada yang segelintir ambil mudah. Tak ada halal, janji ‘ramai ja melayu pi’ depa kira ON,” kata Haku Ko. - Getaran, 1 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Dyslexia Cafe MY Bantu Tingkat Kesedaran Tentang Disleksia

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

3

TARA 2 tahun yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Akta Baharu Penyalahgunaan Dadah Bolehkan Penagih Selain Dadah Jalani Rawatan Di Bawah AADK

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar