Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Operasi Hospital Cyberjaya, Awam, Swasta Perlu Seimbang, Ambil Kira B40

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 8:47AM

Hospital Cyberjaya - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan bahawa perkhidmatan Hospital Cyberjaya akan dilaksanakan secara kerjasama awam dan swasta berkonsepkan penyewaan, berdasarkan jawapan bertulis dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM) pada sesi Dewan Rakyat, baru-baru ini bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Bagaimanapun, kenyataan itu mencetuskan perdebatan dan pertikaian dalam kalangan masyarakat, khususnya penduduk Cyberjaya yang menganggap perkhidmatan secara dwi ditetapkan untuk hospital itu apabila mula beroperasi kelak, pasti membebankan rakyat.

Mereka khuatir rakyat tidak akan mendapat perkhidmatan kesihatan pada kadar sama seperti ditawarkan di hospital kerajaan lain, disebabkan Hospital Cyberjaya dijangka beroperasi mengikut kadar yang biasanya dicaj di hospital swasta.

Pada masa sama, mereka menganggap langkah itu tidak wajar dilaksanakan ketika ini dalam keadaan tiada hospital kerajaan di daerah Sepang, sehinggalah Hospital Cyberjaya dibina.

Hospital Cyberjaya awalnya dibangunkan kerana terdapat keperluan mendesak bagi memenuhi permintaan kesihatan awam di Sepang dan daerah sekitar, seperti Kuala Langat, Putrajaya serta Petaling.

Justeru, mereka membantah cadangan penswastaan Hospital Cyberjaya dan mahu pengoperasiannya dikendalikan KKM secara penuh demi kemudahan rakyat, terutama dalam kalangan penduduk B40 di Sepang dan kawasan berhampiran.

Tinjauan dilakukan Getaran di media sosial menyaksikan satu petisyen dianjurkan pengguna Twitter menggunakan nama Fachri Asmar terhadap KKM sejak dua hari lalu.

Setakat petang semalam, petisyen itu yang menyasarkan 5,000 tandatangan, sudah menerima lebih 3,300 sokongan dan pautannya dikongsi pengguna.

Malah, seorang pelayar media sosial sama, @khalidkarim, mempertikaikan langkah dirancang kerajaan berhubung pengoperasian fasiliti itu.

“Jadi kerajaan membina Hospital Cyberjaya sebagai hospital awam tetapi kemudian menyedari mereka boleh menjimatkan wang dengan tidak mengoperasikannya, sebaliknya menjana pendapatan melalui sewaan. Siapakah akan mengalami kerugian besar dalam tindakan ini,” ciapnya.

“Mengapa mereka (kerajaan) perlu membina hospital ini? Jangan bagitahu saya KKM juga mahu terbabit dengan perniagaan hartanah?Menjana keuntungan daripada sewa?,” ciap pula @wan_hayate.

“Rakyat,” ciap @hanjwaa ringkas bagi menjawab siapakah bakal mengalami kerugian itu.

Hospital Cyberjaya - Gambar Azim Abd Rahman
Hospital Cyberjaya - Gambar Azim Abd Rahman

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, KKM akan membuka permintaan untuk cadangan (RFP) bagi model pengoperasian Hospital Cyberjaya kepada pakar dan syarikat perubatan swasta, termasuk untuk perolehan perkhidmatan kepada penduduk di daerah itu yang layak menerima perkhidmatan mengikut kadar bayaran hospital kerajaan.

Katanya, rangka RFP berkenaan sudah disiapkan dan pihaknya akan mengambil masa untuk meneliti semua cadangan dihantar itu.

“Menerusi model pengoperasi itu, kerajaan mungkin akan mempertimbangkan perolehan perkhidmatan kepada penduduk Cyberjaya.

“Sekarang ini ada pelbagai model digunapakai, iaitu hospital kerajaan, hospital swasta dan hospital hibrid, tetapi kerajaan boleh memperoleh perkhidmatan untuk golongan tertentu menerima rawatan, itu antara model difikirkan,” katanya.

Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad

Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata tadbir urus Hospital Cyberjaya wajar dilaksanakan secara hibrid bagi mewujudkan sumber dana dan kakitangan mencukupi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan negara.

Langkah itu, katanya, mampu mengadakan situasi menang-menang kepada pihak swasta dan kerajaan serta golongan masyarakat di sekitar kawasan terbabit.

Usaha itu turut dilihat lebih sesuai memandangkan kerajaan berdepan kekangan dalam mewujudkan perjawatan dan mampu mengelakkan kemelut perpindahan atau pertukaran dalam kalangan kakitangan serta pakar kesihatan.

“Saya mencadangkan supaya Hospital Cyberjaya ditadbir urus secara hibrid dan berkembar kerana ini juga adalah pandangan saya ketika masih berada di Kementerian Kesihatan (KKM).

“Inilah masa untuk kita memulakan satu kaedah baharu dalam aspek perkhidmatan kesihatan, terutama di Cyberjaya yang memiliki demografi campuran, ada B40, M40 dan banyak aspek lain, seperti pekerja atau penggiat di syarikat pemula di kawasan mempunyai nilai pasaran tinggi itu,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta pandangannya berhubung pengoperasian Hospital Cyberjaya yang menjadi isu hangat dalam kalangan masyarakat, khususnya penduduk di kawasan itu, selepas kerajaan memutuskan bahawa perkhidmatan institusi kesihatan terbabit akan dilaksanakan secara kerjasama awam dan swasta berkonsepkan penyewaan.

Dr Dzulkefly berkata, dalam situasi demografi Cyberjaya yang memiliki kepadatan penduduk kira-kira 140,000, pertumbuhan pembangunan hartanah dan residensi serta peluang pekerjaan, beliau berpandangan keputusan berhubung tadbir urus dikendalikan di hospital itu kelak, harus memberikan manfaat kepada semua golongan tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Katanya, Cyberjaya adalah bandar yang menempatkan Koridor Raya Multimedia (MSC), berjaya membangunkan lebih 400 syarikat pemula, mempunyai beberapa institusi pendidikan ternama di sekitarnya, termasuk sekolah perubatan.

“Dengan berlatarbelakangkan semua faktor dan ekosistem ini, saya cenderung untuk KKM mengambil kesempatan daripada situasi itu untuk menukar cabaran terbabit dan menjadikannya peluang bagi menyelesaikan masalah yang sememangnya dianggap rumit.

“Saya objektif dan realistik mengenai perkara ini, saya memikirkan pada akhirnya, apa yang kita lakukan, kita mendapat situasi menang-menang kerana saya sendiri menyokong kepada usahasama awam-swasta sejak dahulu,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, pendekatan hibrid dilihat lebih berkesan memandangkan negara memiliki banyak kolej perubatan yang melahirkan ramai graduan dalam bidang berkenaan.

Justeru, katanya, meskipun usaha hibrid ini belum pernah dilaksanakan dalam tadbir urus mana-mana hospital, kerajaan dan pihak berkaitan perlu berani mengorak langkah dengan melakukan perancangan lebih baik dan tidak boleh melakukan perkara sama secara berterusan.

Walaupun sekiranya memilih tidak mahu menswastakan Hospital Cyberjaya, ujarnya, langkah itu boleh dilaksanakan secara hibrid, dengan pentadbiran hospital masih dikawal selia kerajaan.

“Saya mengambil Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebagai contoh. PPUM ini adalah hospital di bawah kementerian, namun memiliki sayap swasta.

“Saya tidak mencadangkan hanya mewujudkan sayap swasta, saya mencadangkan kita juga boleh mewujudkan sayap swasta ini, tetapi dari sudut kakitangan untuk ditempatkan di Hospital Cyberjaya, boleh diambil dari kolej perubatan sekitar Cyberjaya dan Selangor,” katanya.

Selain itu, Dr Dzulkefly berkata, tadbir urus secara hibrid membolehkan kerajaan mengisi jawatan perkhidmatan kesihatan hospital yang membabitkan semua peringkat dan jenis servis, terutamanya pakar, pegawai perubatan, ahli farmasi serta tenaga kejururawatan.

Malah, usaha itu, tegasnya, mampu menyelesaikan isu doktor kontrak yang sebelum ini tidak boleh diserap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya dapat menyediakan perjawatan tetap serta lebih terjamin kepada golongan terbabit.

Jelasnya, menerusi kerjasama kerajaan dan swasta itu juga, boleh diwujudkan peluang untuk menempatkan graduan perubatan dilahirkan kolej dan sekolah perubatan bagi menjalani ‘housemanship’, memandangkan kebanyakan institusi pendidikan berkenaan tidak memiliki hospital. 

“Menerusi pendekatan ini, kedua-dua pihak mendapat situasi menang-menang, kolej boleh membekalkan sejumlah pakar untuk membantu perkhidmatan hospital, manakala kerajaan menyediakan tempat untuk pelajar menjalani latihan lepasan ijazah.

“Kerajaan tidak mempunyai dana kewangan cukup untuk membekalkan pakar kerana tempoh melatih mereka ini sangat lama, sekurang-kurangnya empat hingga lima tahun, jadi kekangan ini menyebabkan bekalan mereka terhad.

“Kolej dan sekolah perubatan swasta ini dia banyak pakar sedangkan dia tak buat servis pun sebab dia hanya institusi pengajian, justeru jadikan Hospital Cyberjaya ini sebagai tempat membolehkan mereka berkhidmat,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly, pengoperasian Hospital Cyberjaya tidak seharusnya dijadikan isu, termasuk kemungkinan penubuhannya akan meminggirkan atau memangsakan mana-mana golongan.

“Apa perlu difikirkan adalah Cyberjaya itu sememangnya wujud komuniti mampu membayar lebih daripada RM1 atau RM5 dikenakan kepada pesakit awam, jadi apabila dibuat secara hibrid kita boleh garap kepentingan kedua-dua golongan, iaitu mereka yang mampu dan tidak mampu menampung kos tambahan.

“Kita mesti mula dengan memahami demografi, tuntutan, tahap keupayaan serta kemampuan kewangan penduduk di kawasan itu dan dari situ, kita tentukan satu ramuan, resipi serta formula untuk diterapkan di bandar Cyberjaya ini bagi kepentingan semua masyarakatnya,” katanya.

Dr Lee Boon Chye
Dr Lee Boon Chye

Mengulas isu sama, mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata biar apapun model pengoperasian digunapakai di Hospital Cyberjaya, kerajaan tidak seharusnya mengabaikan golongan tidak berkemampuan, seperti B40 untuk mendapatkan rawatan di situ.

“Jika hospital ini masih menyediakan perkhidmatan yang bukan swasta sepenuhnya dan boleh menampung keperluan B40, tidak ada masalah.

“Perkara ini yang penting agar orang susah masih boleh mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya.

Ahli Parlimen Gopeng itu berkata, Hospital Cyberjaya adalah projek usahasama awam dan swasta yang pada cadangan awal adalah untuk disewakan kepada KKM.

“Kalau ada model untuk pengoperasiannya dilaksanakan swasta dengan awam, itu terpulanglah, tetapi mesti ada satu cadangan yang sempurna, termasuk mempunyai doktor pakar dan jururawat mencukupi,” katanya.

Mohd Yusof Abd Rahman
Mohd Yusof Abd Rahman

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman berkata, fungsi swasta disediakan di Hospital Cyberjaya itu tidak menimbulkan masalah dan boleh menjadi nilai tambah untuk memberikan pilihan kepada individu mahu mendapatkan perkhidmatan penuh berbayar.

Fungsi itu juga sememangnya ada dilaksanakan di hospital awam tertentu menerusi bahagian disebut ‘sayap swasta’ untuk pesakit yang inginkan servis berkenaan.

Bagaimanapun, pengoperasian antara perkhidmatan awam dan swasta ini harus dilaksanakan secara seimbang bagi mengelakkan ketidakadilan, malah fungsi hospital kerajaan perlu dikekalkan kerana itu adalah satu daripada hak rakyat yang perlu dipelihara.

“Apa yang mungkin menjadi kegusaran masyarakat apabila servis disediakan nanti mirip kepada swasta dan bukan macam perkhidmatan kerajaan, sebab itu orang gusar.

“Jangan pula nanti apabila pesakit menerima rawatan untuk perkhidmatan kerajaan tetapi diminta atau terpaksa mendapatkan servis swasta sebab dilihat kaya, berkemampuan dan atas alasan tertentu,” katanya.

Mohd Yusof berkata, sememangnya ada pesakit dalam kalangan golongan berada dan layak yang mahukan perkhidmatan swasta kerana layanan berbeza serta kemudahan lebih selesa.

“Kadang mungkin dia (pesakit) tak selesa dan ada kemampuan, justeru apabila dia mahu berpindah mendapatkan perkhidmatan swasta daripada bahagian awam jadi senang sebab di bawah hospital sama, hanya bahagian berbeza.

“Cuma apa paling penting, kena seimbang antara peranan awam dan swasta supaya orang boleh dapatkan perkhidmatan tanpa ada rasa tak puas hati atau wujud ketidakseimbangan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan akan wujud ketidakcukupan katil untuk menampung keperluan pesakit awam di Hospital Cyberjaya apabila perlu berkongsi bahagian di bawah satu bumbung dengan pengoperasian swasta, Mohd Yusof mengakui perkara terbabit tidak mustahil berlaku.

“Kerajaan kena fikir fungsi Hospital Cyberjaya juga adalah untuk menampung keperluan penduduk sekitar, jadi perlu lihat tahap kemampuan komuniti di kawasan itu, mesti turut prihatin dengan perkara ini.

“Satu lagi, walaupun perkhidmatan itu berbeza antara awam dan swasta, tetapi kemudahan dan kualiti rawatan patut sama,” katanya. - 1 Disember 2021

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Diberkas Semalam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Seorang Maut, Seorang Cedera - Bomba

oleh Wartawan Getaran