web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Hari Hilang, Mayat Kanak-Kanak Autisme Ditemui Tersangkut Di Jaring

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 8:48PM

Kanak-kanak autisme yang hilang selepas keluar dari rumah Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa, Kuching, petang Ahad lalu ditemukan lemas hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang kanak-kanak autisme yang hilang selepas keluar dari rumah di Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa, di sini petang Ahad lalu, ditemukan lemas pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, Timbalan Penguasa Bomba II Raffy Saibi berkata, mayat Muhammad Ramadhan Muhammad Ridhwan, 8, dijumpai tersangkut di jaring nelayan.

Menurut beliau, mayat kanak-kanak malang ditemui dalam jarak lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Pos Kawalan Bomba dan disahkan oleh ibu dan bapanya,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis yang turut berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Dengan penemuan mayat mangsa operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan jam 9.12 pagi,” ujarnya.

Raffy berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7 malam Ahad lalu.

“Mengikut maklumat bapa mangsa, anaknya itu tinggal di rumah mangsa bersama ibu saudaranya sementara lelaki itu keluar berniaga,” jelasnya.

Katanya, mangsa yang merupakan kanak-kanak autisme bertindak keluar dari rumah ketika ibu saudaranya sedang mandi.

“Perbuatan mangsa disaksikan seorang rakannya yang melihat dia pergi ke hutan di hujung kampung, ketika hujan lebat,” katanya. - Getaran, 30 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad