web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Panas Isu Harga Barang Naik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 8:42PM

Lim Guan Eng mempersoalkan jaminan diberikan menteri KPDNHEP pada 25 November lalu bahawa masalah harga barang akan diselesaikan dalam tempoh beberapa minggu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kenaikan harga barangan dan makanan, terus menjadi perhatian sehingga menyebabkan berlaku kekecohan di Dewan Rakyat hari ini.

Ia susulan cabaran dikeluarkan ahli parlimen pembangkang terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi supaya meletakkan jawatan, sekiranya gagal menyelesaikan kenaikan harga barang menjelang 9 Disember depan.

Semasa sesi soal jawab berlangsung, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mempersoalkan jaminan diberikan Alexander 25 November lalu, bahawa masalah tersebut akan diselesaikan dalam tempoh beberapa minggu.

“Menteri cakap (Alexander) dalam satu dua minggu akan selesai. Sekiranya pada 9 Disember tak selesai, adakah menteri akan mengambil tanggungjawab,” soal Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Menjawab soalan Guan Eng, Alexander menjelaskan bahawa isu tersebut adalah rumit dan memerlukan masa yang lebih lama untuk diselesaikan.

Mengulas lanjut beliau berkata, kementeriannya kini sedang membuat libat urus dengan kementerian lain dan juga peniaga ekoran masalah tersebut yang berada di luar bidang kuasanya.

Katanya, tiga langkah proaktif telah diambil bagi menangani isu berkenaan, antaranya penguatkuasaan peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Bagi menangani aktiviti mengambil untung yang tidak munasabah, kementerian menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Di pihak pengguna pula, sekiranya berlaku penetapan harga yang tidak munasabah, hak pengguna dibela di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

KPDNHEP juga katanya, akan terus menggerakkan lebih 1,000 Pegawai Pemantau Harga (PPH) secara harian untuk memantau harga 480 item di 1,500 premis seluruh negara, bagi memastikan pergerakan harga berlaku pada situasi yang munasabah.

“KPDNHEP juga akan memanjangkan tempoh dan memulakan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) lebih awal menjelang perayaan Krismas.

“Tarikh pelaksanaan skim kawalan harga ini akan diumumkan oleh pihak KPDNHEP dalam tempoh terdekat,” katanya. - Getaran, 30 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 13 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad