web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Lancar HRD Corp Berwajah Baharu Khamis Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 3:15PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) kini dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) selaras dengan matlamatnya untuk memperkasakan tenaga kerja di negara ini.

Dengan penjenamaan semula itu, HRD Corp bukan sahaja berperanan sebagai sebuah badan yang menguruskan dana untuk latihan kemahiran, tetapi menjadi pengemudi kepada semua jenis latihan kemahiran untuk kebolehpasaran rakyat Malaysia.

HRD Corp yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga telah memperluaskan program latihan dan pembangunan untuk rakyat di negara ini dari pelbagai latar belakang sejak 18 bulan lalu.

Malah, agensi itu turut memperkenalkan beberapa siri inisiatif strategik yang bertumpu pada pemadanan pekerjaan dan peluang penempatan, serta program menjana pendapatan untuk kumpulan sasaran yang lebih luas.

Usaha baharu tersebut bertujuan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini, selain memberi bantuan kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Menerusi penjenamaan semula itu, HRD Corp turut mencerminkan hala tuju baharu agensi berkenaan dalam meneruskan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memastikan daya saing dan pembangunan ekonomi negara.

Majlis pelancaran HDR Corp pada Khamis ini akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan peranan agensi tersebut.

Dalam pada itu, pameran produk strategik, perkhidmatan dan inisiatif daripada pelbagai kementerian akan berlangsung pada Khamis dan Jumaat ini bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Pameran yang dibuka secara percuma kepada orang awam itu turut akan memperincikan maklumat mengenai program latihan dan peningkatan kemahiran oleh HRD Corp, rakan strategiknya dan kementerian lain.

Selain itu, orang ramai boleh menghadiri ceramah kerjaya anjuran Pusat Penempatan HRD Corp dan temu duga secara ‘walk in’ serta forum yang menampilkan penceramah dalam kalangan pakar industri mengenai tenaga kerja pada masa hadapan.

Mereka yang menghadiri pameran selama dua hari itu juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan.

Untuk menyertai acara tersebut, orang ramai boleh mendaftar dan mendapatkan pas akses melalui pautan ini.

Semasa pendaftaran, mereka yang menghadiri pameran itu turut dikehendaki membawa kod QR yang diberikan pada hari tersebut untuk menuntut pas akses mereka. - Getaran, 30 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Beberapa Pegawai Ditukar Dalam Pembersihan Kementerian Sumber Manusia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

HRD Corp Siasat Kebocoran Surat MoF Mengenai Inisiatif Pasport Kemahiran

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar