web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tambah Aset, Bantuan Bomba Sukarela Di Lokasi Berpotensi Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 9:08PM

Kakitangan PKD Maran bersama anggota JBPM Pahang menyertai Latihan Amal Pengurusan Bencana Banjir Pelbagai Agensi (M-DEX) di Dataran Chenor, Maran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah mengenalpasti lokasi yang memerlukan penambahan aset sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh kali ini. 

Selain menggerakkan aset strategik dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan, JBPM juga sedang bekerjasama rapat dengan pasukan bomba sukarela dan komuniti bagi memantau perkembangan di semua kawasan berkenaan. 

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, latihan asas menyelamat membabitkan pasukan bomba sukarela juga sudah dilakukan sebelum ini dan secara umumnya, segala persiapan sudah dilakukan bagi berdepan kemungkinan banjir buruk awal tahun ini berulang. 

"Walaupun kita tidak ada penambahan atau penempatan pegawai dan anggota di lokasi spesifik, namun segala persiapan sudah dilakukan dan ini termasuklah menambahkan aset seperti kenderaan pacuan empat roda dan aset lain seperti bot di lokasi berisiko. 

"Di samping itu, bagi kawasan yang tidak mempunyai balai bomba, kita akan gerakkan pasukan bomba sukarela dan bomba komuniti, mereka ini kita lengkapkan peralatan menyelamat yang asas dan diberikan latihan," katanya.

 Dr Ismail Abdul Muttalib
Dr Ismail Abdul Muttalib

Menurut Ismail, adalah sukar untuk hanya bergantung harap kepada pasukan bomba semata-mata bagi menangani musim banjir, justeru khidmat diberikan pasukan bomba sukarela berperanan besar dalam menghulurkan bantuan awal kepada mangsa.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Penutup Latihan Amal Pengurusan Bencana Banjir Pelbagai Agensi (M-DEX) di Dataran Chenor, di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Pengarah JBPM Pahang, Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa. 

Sebanyak 11 jabatan dan agensi terbabit dalam latihan berkenaan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Majlis Daerah Maran. 

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan boleh diambil terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek pembinaan hingga mengakibatkan berlaku banjir, Ismail berkata, terdapat peruntukan undang-undang khusus bagi menangani kejadian berkenaan. 

"Memang ada peruntukan (undang-undang) dan tindakan boleh diambil terhadap mereka (kontraktor) ini, kita boleh tamatkan kontrak mereka selain tidak mengeluarkan sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC). 

"Sebab itulah kita selalu mengingatkan pemaju atau kontraktor supaya mematuhi 'time line' ditetapkan, kalau projek terbengkalai dan ada bukti menjadi penyebab kepada berlakunya banjir, kita boleh mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya. - Getaran, 29 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad