web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Petugas Parlimen Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 8:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang petugas Parlimen disahkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr P Param Jeeth Singh berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat memastikan jika pesakit lelaki berusia 54 tahun itu menghidap sebarang penyakit kronik.

Menurut beliau, pesakit juga telah melengkapkan dos vaksin pada 11 Julai, namun mula mengalami gejala seperti demam dan batuk pada 3 November.

“Dia telah melakukan ujian saringan Covid-19 RT-PCR pada 8 November lepas dengan nilai CT:17.4.

“Bilik Gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Lembah Pantai telah menghubungi beliau pada hari yang sama untuk siasatan dan mendapati status COVID-19 kes adalah Kategori 2a,” katanya, hari ini.

Datuk Dr P Param Jeeth Singh
Datuk Dr P Param Jeeth Singh

Dr Param berkata, kes terbabit dirujuk ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) bagi penilaian klinikal dan rawatan susulan jika berkaitan.

“Pada 9 November lalu, pesakit telah hadir ke CAC di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar dan memaklumkan bahawa beliau mengalami sesak nafas.

“Penilaian klinikal menunjukkan status COVID-19 petugas Parlimen terbabit adalah kategori empat dan dengan segera telah dirujuk ke HKL untuk dimasukkan ke wad bagi rawatan lanjut,” katanya.

Siasatan pergerakan jelas beliau mendapati, aktiviti pesakit hanya berkisar di pejabat dan rumah, tanpa sebarang perjumpaan bersama Ahli Parlimen dalam tempoh dua minggu sebelum didapati bergejala.

“Pesakit juga tidak hadir bekerja sejak mula mengalami gejala dan hari terakhir hadir ke pejabat adalah pada 3 November lepas.

“Seramai empat orang kontak rapat iaitu dua orang kontak di rumah dan dua orang kontak di tempat kerja telah dikenal pasti dengan kesemuanya telah menjalani kuarantin,” katanya.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan. - Getaran, 29 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar