web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Barang Keperluan Dijangka Meningkat Sehingga Penghujung Tahun 2021

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 6:11PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga barang keperluan dijangka terus meningkat sehingga Disember depan berikutan berlakunya permintaan yang tinggi hasil daripada pemulihan aktiviti ekonomi.

Jurucakap TA Securities Holdings Bhd berkata, kadar inflasi pada November bakal mengalami peningkatan melebihi jangkaan, berikutan permintaan yang banyak susulan fasa peralihan bagi semua negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut beliau, hasil kajian pihaknya mendapati bahan api akan menjadi salah satu punca inflasi, susulan peningkatan harga minyak di peringkat global.

“Kami juga percaya gangguan terhadap rantaian bekalan dan kelewatan penghantaran menyebabkan inflasi kos meningkat mendadak.

“Data terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi pengeluaran tempatan meningkat sebanyak 12.3 peratus pada September 2021, berbanding sembilan peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya,” katanya hari ini.

Jurucakap itu berkata, data berkenaan menyokong peningkatan inflasi utama dalam beberapa bulan akan datang.

“Permintaan pengguna juga berkemungkinan bertambah kukuh berikutan situasi COVID-19 di negara ini yang semakin stabil, dengan kemungkinan pelepasan lebih besar daripada pengumpulan kos perniagaan kepada harga pengguna.

“Cuaca buruk dan permintaan yang kukuh juga menyebabkan kenaikan harga sayur-sayuran di Malaysia, ditambah pula dengan peningkatan kos pengangkutan kontena, sehingga bekalan barangan import berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, inflasi yang lebih tinggi juga disumbangkan peningkatan kos pengangkutan kerana purata harga runcit bahan api meningkat RM2.416 seliter pada November tahun ini, berbanding RM1.779 seliter pada bulan sama, tahun lalu.

“Ini membuktikan pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sebanyak 35.8 peratus berbanding 31.3 peratus pada bulan Oktober,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Ahli Ekonomi AmBank Research Bank, Dr Anthony Dass berkata, harga komoditi yang tinggi di samping isu rantaian bekalan yang berterusan dan kekurangan tenaga buruh telah meningkatkan kos perniagaan.

Dr Anthony Dass
Dr Anthony Dass

Katanya, perkara terbabit telah mendorong harga barangan dan perkhidmatan pengguna lebih tinggi, meskipun kerajaan mengambil langkah membendung harga bahan api dengan harga siling.

“Unjuran inflasi tahun ini pada 2.6 peratus sehingga 2.8 peratus tanpa perubahan kepada prospek kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 1.75 peratus.

“Kami menjangkakan trajektori akan menaik dalam perubahan harga akan kekal dan mungkin terus meningkat pada bulan-bulan seterusnya seperti yang boleh dilihat di negara-negara lain,” katanya.

Pada masa sama Anthony menegaskan, pihak juga melihat situasi cuaca buruk telah menyekat bekalan makanan, menjadikan harganya lebih mahal.

“Ini amat membimbangkan kerana ia menghakis kuasa beli pengguna, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Dengan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) merekodkan pertumbuhan dua digit untuk bulan keenam berturut-turut pada September, syarikat penyelidik itu menjangkakan pemindahan harga kepada harga pengguna berkemungkinan besar untuk berlaku.

“Ini kerana perniagaan cuba mengekalkan kelangsungan semasa tempoh pandemik namun, kesannya seharusnya dihadkan.

“Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peruntukan RM262 juta sebagai tindak balas awal untuk membantu petani yang mengalami kenaikan harga baja dan racun perosak,” katanya. - Getaran, 29 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad