Berita Terkini

13 minit yang lalu: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa 16 April ini - Setiausaha PDRM 2 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT

IKUTI KAMI


Samun Minuman Keras, 7 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Nov 2021 5:20PM

Mazlan Lazim (tengah) menunjukkan barang-barang rampasan pada sidang media di IPD Gombak, hari ini. - Gambar dari Polis Diraja Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK - Tujuh individu termasuk empat lelaki dari sebuah agensi penguatkuasa ditahan selepas disyaki terbabit dalam sindiket samun minuman keras di sekitar Sepang dan Shah Alam, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan di Shah Alam dan Sepang pada hari sama.

"Kesemua tujuh individu terbabit ditahan atas penglibatan mereka membantu sindiket berkenaan, termasuk membocorkan lokasi penyimpanan minuman keras yang dirampas polis sebelum ini.

“Hasil soal siasat ke atas pegawai penguatkuasa itu, kita berjaya menahan tiga lagi individu lain termasuk seorang lelaki yang berperanan sebagai perantara dengan kumpulan penjenayah berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak (IPD) di sini hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada kebocoran maklumat daripada 'orang dalam' agensi penguatkuasaan yang kewujudan barang kes iaitu minuman keras di lokasi tersebut.

"Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, seramai tiga lelaki mengikat pengawal keselamatan sebelum memunggah minuman keras dari sebuah lori di tempat simpanan berkenaan.

"Kumpulan penjenayah itu mengambil masa kira-kira dua jam untuk memindahkan barang kes ke dalam lori milik mereka,” katanya.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, lori terbabit dijumpai pihaknya di Shah Alam bersama 234 kotak arak.

"Selain itu, kita turut merampas dadah jenis pil captagon seberat dua kilogram, 47 biji pil eramin 5 dan 4.9 gram kokain 4.9 gram bernilai RM559,899 serta wang tunai RM111,100 di dalam sebuah kereta milik seorang daripada anggota penguat kuasa berbabit," ujarnya.

Semua suspek direman hingga esok mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, pihaknya masih memburu seorang lagi suspek yang disyaki dalang kes berkenaan bagi membantu siasatan. - Getaran, 29 November 2021.

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PM Sahkan Siasatan Rasuah Turut Dilakukan Terhadap Pemimpin Kerajaan

oleh Adam Ayzzat

Semasa 1 hari yang lalu

8 Mangsa Nahas LRT Mei 2021 Saman Prasarana, RapidRail

oleh Arjun Mohanakrishnan

Luar Negara 13 jam yang lalu

AS: Penyerang Tembak Mati 6 Orang Dikenalpasti Sebagai Audrey Hale

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Tentera Pukul Ibu Kerana Dadah, Ditahan