web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak Sekat Kemasukan Warga Asing 7 Negara, Bimbang Varian Baharu Omicron

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 8:45PM

Warga asing yang mempunyai sejarah perjalanan ke 7 negara Afrika tidak dibenarkan masuk ke Sarawak. - Gambar fail

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Warga asing yang memiliki sejarah perjalanan ke tujuh negara Afrika sejak 14 hari lalu akan disekat daripada memasuki Sarawak, berkuatkuasa serta merta.

Ini susulan kebimbangan terhadap penularan varian baharu COVID-19, iaitu Omicron.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, tujuh negara berkenaan ialah Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

"Setelah meneliti laporan berita mengenai varian baharu, JPBNS membuat penambahbaikan ke atas tatacara kemasukan ke Sarawak dari negara lain.

"Semua warganegara asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke tujuh negara Afrika berkenaan tidak dibenarkan untuk memasuki Sarawak buat sementara waktu," katanya.

Katanya, warganegara Malaysia dan pemegang pas penduduk tetap yang pulang ke Malaysia dari negara-negara tersebut bagaimanapun dibenarkan memasuki negeri ini dengan mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

"Syarat-syarat tersebut adalah memohon dalam sistem EnterSarawak dan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan di ‘First Point of Entry’ ke Malaysia tanpa mengira status vaksinasi.

"Kuarantin di rumah adalah tidak dibenarkan," ujarnya.

Menurut jurucakap itu, transit ke destinasi lain adalah tidak dibenarkan sehingga lengkap tempoh kuarantin dan mempunyai keputusan negatif untuk calitan ujian RT-PCR pada hari ke-12.

"Pengembara dari luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang. 

"Kegagalan berbuat demikian boleh diambil tindakan undang-undang. Arahan ini berkuatkuasa serta merta," tegasnya. - Getaran, 28 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar