web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wujud Jawatankuasa Bincang Isu Kepenggunaan Disertai Media

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 6:16PM

Harga barang basah dilaporkan mengalami kenaikan sejak kebelakangan ini, sekali gus mengundang keresahan ramai. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu kepenggunaan, termasuk kenaikan harga barangan wajar diwujudkan di bawah beberapa kementerian berkaitan.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George berkata, kementerian itu antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Dr. Jacob George
Dr. Jacob George

, berkata kementerian 

Katanya, jawatankuasa itu perlu disertai pengurusan kementerian, pemain industri dan persatuan pengguna untuk duduk membincangkan sebarang isu yang timbul serta mencari penyelesaian terbaik secara bersama.

''Masanya sudah sampai untuk kita melakukan perbincangan terbuka, adil dan holistik mengenai isu kepenggunaan yang sememangnya isu global, malah buat secara telus dengan turut mempelawa media supaya mereka boleh mengetahui gambaran sebenar serta melaporkan keadaan semasa kepada masyarakat.

“Bagaimanapun, jawatankuasa ini tidak boleh diletakkan di bawah KPDNHEP semata-mata kerana seperti banyak kali saya tegaskan bahawa KPDNHEP bukan kementerian ‘superman’ untuk mengendalikan dan menangani semua isu kepenggunaan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah usaha seharusnya dilaksanakan kerajaan untuk menangani isu kepenggunaan, terutama harga barang yang semakin meningkat dan membebankan.

Jacob berkata, setiap pegawai kanan menteri di bawah kementerian terlibat juga seharusnya menyertai jawatankuasa itu bagi mengetahui situasi sebenar isu, apa pendekatan ingin dilakukan kerajaan dan jenis maklumat yang boleh disalurkan kepada masyarakat apabila disoal media.

Pegawai kanan menteri itu, katanya, wajar mewujudkan kumpulan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp khusus untuk penggiat media dan bekerja bersama bagi mengatasi setiap isu kepenggunaan yang timbul.

''Media ini adalah mata dan telinga masyarakat yang sering turun padang, jadi wujudkan hubungan baik dengan mereka bukan ‘memusuhi’.

''Beritahu apa perancangan atau tindakan semasa pihak kementerian supaya wujud sistem penyampaian yang baik, malah media pun mendapat gambaran jelas, sekali gus mengelakkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak,'' katanya.

Pada masa sama, Jacob berkata, pihaknya kecewa apabila protokol ditetapkan KPDNHEP sebelumnya, tidak dikuatkuasakan ketika ini.

Jelasnya, menerusi protokal itu, kementerian bersetuju supaya setiap kenaikan harga barangan mesti diberikan justifikasi terlebih dahulu.

Malah, katanya, semua pihak, pemegang saham dan persatuan pengguna harus bertemu serta berbincang bersama KPDNHEP berhubung kewajaran di sebalik kenaikan harga ingin ditetapkan itu.

''Selepas mendengar hujah mereka, kita akan berbincang sekali lagi untuk mendapatkan penanda aras harga paling munasabah, bukan sahaja untuk keuntungan pemegang saham dan pemain industri, tetapi paling utama demi kepentingan pengguna.

''Ini penting memandangkan kadar gaji minimum pada masa ini adalah RM1,200 walaupun kajian dan pemerhatian dilakukan CASSA mendapati nilai patut diterima pengguna kira-kira RM2,700,” katanya.

Notis kenaikan harga roti Gardenia yang tular di media sosial.
Notis kenaikan harga roti Gardenia yang tular di media sosial.

Sementara itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu ketika mengulas isu kenaikan harga roti keluaran tempatan Gardenia bermula 1 Disember ini berkata, produk makanan itu sepatutnya dimasukkan ke dalam senarai barangan kawalan.

Usaha itu, jelasnya, penting memandangkan roti menjadi antara makanan asas penduduk di negara ini dan pilihan untuk dinikmati pada kebanyakan waktu, terutama sebagai menu sarapan.

Tegasnya, kawalan itu boleh memastikan harga roti ditetapkan dalam kadar munasabah dan dipantau.

''Kerajaan ada dua akta untuk mengawal harga roti ini, iaitu Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).

''Satu lagi akta adalah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 sekiranya produk itu dijual melebihi nilai patut,'' katanya.

Marimuthu berkata, sebelum ini harga roti sudah beberapa kali meningkat dan sekiranya bertambah mahal, pastinya membebankan pengguna.

''Roti adalah antara makanan pilihan utama, termasuk untuk sarapan keluarga dan bekalan anak-anak ke sekolah, jadi susahlah pengguna jika harganya meningkat,'' katanya. - Getaran, 28 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar