web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


81 Peratus Pekerja Malaysia Mahu Kembali Ke Pejabat - Savills

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 12:52PM

Ramai pekerja ingin kembali ke pejabat kerana mereka percaya pejabat memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental, selain menyokong pembangunan profesional serta peribadi mereka. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 81 peratus daripada pekerja pejabat di Malaysia menyatakan bahawa mereka lebih memilih untuk kembali ke pejabat, menurut kaji selidik terkini yang diterbitkan oleh Savills, antara penasihat hartanah terkemuka dunia.

Kaji selidik itu bertajuk “What Workers Want -- Malaysia” mendapati bahawa walaupun model kerja hibrid dilihat menjadi teras utama di Malaysia pada masa depan, lebih 90 peratus daripada responden percaya bahawa perkara seperti kreativiti dan kerjasama, mencapai sasaran kerja dan pertumbuhan kerjaya, langkah terbaik dicapai dalam persekitaran pejabat. 

Timbalan Pengarah Urusan Savills Malaysia, Nabeel Hussain berkata dengan Malaysia keluar daripada pandemik selama dua tahun, perniagaan turut mula dibuka.

Oleh itu, katanya pejabat fizikal kekal penting dalam pemulihan perniagaan dan memastikan dapat kembali kepada keadaan normal dengan cepat.

“Mendapati bahawa model kerja hibrid dilihat akan kekal di sini, keseimbangan antara keperluan perniagaan dan ekonomi serta keutamaan pekerja merupakan penyelesaian yang ideal dan itu yang perlu diberi tumpuan oleh syarikat dalam tempoh pembukaan semula ini.

“Persekitaran pejabat fizikal mungkin perlu dipertingkatkan oleh faktor lain untuk menjadikan kembali ke tempat kerja dalam persekitaran semasa lebih menarik.

“Wujudnya penyelesaian perkakasan dan perisian yang kukuh adalah lebih penting berbanding sebelum ini dan merupakan faktor utama untuk menyokong persekitaran kerja yang semakin berkembang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bersekutu Savills Malaysia Research, Fong Kean Hwa berkata kebanyakan pekerja ingin kembali ke pejabat berikutan mereka percaya pergi ke pejabat memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental mereka, sekali gus menyokong pembangunan profesional dan peribadi mereka.

Savills telah menjalankan kaji selidik “What Workers Want” selama lebih 10 tahun di United Kingdom (UK) dan negara-negara Eropah yang lain untuk mengukur pandangan pekerja di pejabat.

Pada 2020, kaji selidik Savills Office FiT telah dilancarkan untuk mendapatkan pandangan mengenai cara pejabat perlu menyesuaikan, berkembang dan menambah baik berikutan COVID-19. Kaji selidik itu menyaksikan lebih 100,000 peserta di UK dan Eropah, Timur Tengah & Afrika (EMEA).

Pendekatan sama telah digunakan dalam konteks Malaysia untuk kaji selidik What Workers Want, yang dijalankan dalam tempoh enam minggu untuk memahami apa yang pekerja Malaysia mahukan apabila mereka kembali ke pejabat.

Dapatan kaji selidik mengenai parameter utama produktiviti menunjukkan bahawa pekerja di Malaysia berpendapat produktiviti mereka adalah sama sama ada bekerja dari rumah atau di pejabat, berbanding di EMEA apabila pekerja berpendapat mereka lebih produktif di rumah.

“Walaupun produktiviti kekal tinggi, 30 peratus daripada responden menyatakan bahawa keletihan dari segi mental dan fizikal akibat aturan bekerja dari rumah manakala lebih satu pertiga menyatakan mereka menghadapi peningkatan waktu kerja akibat kekaburan mengenai kerja dan sempadan rumah.

“Ramai rakyat Malaysia masih melihat pejabat fizikal memainkan peranan penting, terutamanya untuk pertumbuhan profesional dan kerja secara usaha sama,” katanya.

Bagi laporan kaji selidik penuh, layari what-workers-want-survey.pdf (savills.asia) - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad