web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Leka Menyabung Ayam, 3 Termasuk Warga Emas Dicekup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 8:02PM

3 lelaki ditahan polis selepas terlibat dalam aktiviti sabung ayam di kebun Nanga Sempang Ulu Entabai, Julau, petang semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARIKEI - Sekumpulan lelaki bertempiaran lari selepas diserbu pihak polis ketika sedang leka menjalankan aktiviti sabung ayam di kawasan kebun Nanga Sempang Ulu Entabai, Julau, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, dalam serbuan jam 3.30 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau berjaya menahan tiga suspek.

"Ketiga-tiga yang ditahan berusia dalam lingkungan 59 hingga 75 tahun," katanya hari ini.

Ayam sabung yang masih hidup, alat penimbang dan sekeping papan tertulis jadual pertaruhan turut dirampas polis.
Ayam sabung yang masih hidup, alat penimbang dan sekeping papan tertulis jadual pertaruhan turut dirampas polis.

Beliau berkata, serbuan itu juga berjaya merampas dua ayam sabung yang masih hidup, dua bangkai ayam sabung, alat penimbang, sekeping papan tertulis jadual pertaruhan dan dua bilah taji. 

"Kesemua tangkapan dan rampasan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Penganiayaan Binatang 1963," ujarnya.

Andam berkata, orang ramai diingatkan agar tidak menjalankan kegiatan judi sabung ayam dan sentiasa mematuhi arahan penguatkuasa.

"Aktiviti seperti ini boleh menyebabkan orang ramai berkumpul dan secara tidak langsung meningkatkan penularan wabak COVID -19," jelasnya.

Tegasnya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti sabung ayam dan tindakan tegas akan diambil ke atas mereka. - Getaran, 27 November 2021
 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad