web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Harga Sayur Disebabkan Cuaca - Alexander

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 12:15PM

Bantuan kewangan kepada pemain industri pertanian akan diumumkan dalam masa terdekat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Faktor cuaca, logistik dan peningkatan kos baja serta racun, dikesan sebagai punca kenaikan harga sayur keluaran tempatan di beberapa kawasan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands serta kawasan penanaman sayur di sekitarnya, turut menjejaskan rantaian pengedaran bekalan makanan itu.

“Kesukaran mendapatkan tenaga kerja juga menyebabkan hasil tidak dapat dikeluarkan secara maksimum, sekali gus mengakibatkan bekalan berkurangan, yang akhirnya menyumbang kepada punca kenaikan harga sayuran di pasaran.

“Bagi sayuran import pula, harga di negara pengeluar yang meningkat dan masalah pengeluaran lain, seperti isu kenaikan harga input pertanian serta cuaca di negara berkenaan turut memberi kesan,” katanya hari ini.

Isu kenaikan harga sayur hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu, sehingga beberapa pihak, termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera bagi menangani perkara itu.

Menerusi kenyataannya ketika dihubungi Getaran, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, gesaan itu susulan aduan diterima pihaknya daripada peruncit mengenai kenaikan harga berkenaan yang membabitkan peningkatan sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

Alexander bagaimanapun menegaskan, kenaikan harga sayur seperti didakwa itu bukan fenomena di seluruh negara, malah kebanyakan harga sayur masih terkawal dan berbeza mengikut lokasi.

Tegasnya, hasil pemeriksaan dan pemantauan dilakukan KPDNHEP di seluruh negara, mendapati pembukaan semula semua sektor ekonomi menyebabkan berlaku permintaan sangat tinggi secara mendadak terhadap barangan seperti telur, ayam dan sayur.

Peningkatan itu, katanya, tidak sepadan dengan keupayaan pengeluar barangan berkenaan yang mengurangkan kuantiti pengeluaran ketika pandemik akibat permintaan berkurangan pada waktu itu dan keadaan ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah dunia.

“KPDNHEP memandang serius kenyataan CAP terhadap kenaikan harga sayur yang mengelirukan, malah kenyataan yang dibuat pihak terbabit berdasarkan pemantauan di empat pasar awam di Pulau Pinang itu tidak wajar diterbitkan secara umum.

“Ini kerana pengumuman itu menimbulkan persepsi tidak tepat dan keresahan dalam kalangan pengguna, seolah-olah berlaku secara melata di seluruh negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, KPDNHEP sentiasa prihatin dan proaktif terhadap isu kenaikan harga barangan keperluan pengguna seperti telur, ayam dan sayur.

Justeru, katanya, kementerian itu mengalu-alukan sumbangan persatuan pengguna dan institusi penyelidikan dalam isu terbabit yang sangat penting kepada rakyat Malaysia.

Malah, KPDNHEP berharap agar perolehan dan hasil kajian berhubung harga barang keperluan dapat dibincangkan terlebih dahulu dengan kementerian supaya maklumat itu dapat dibandingkan dengan data harian di lebih 1,500 premis sebelum diterbitkan.

Pada masa sama, Alexander berkata, kenyataan Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands sangat optimistik bahawa harga sayur berpotensi untuk kembali stabil apabila pengeluaran dapat ditingkatkan pada tahap normal dengan bantuan cuaca, logistik dan penambahan tenaga buruh di ladang.

Beliau menarik perhatian, kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai bantuan kewangan kepada pemain industri pertanian dalam masa terdekat.

Keputusan tersebut katanya, adalah antara kaedah meringankan beban kos operasi yang telah memberi impak kepada harga barangan di pasaran.

Menurut Alexander, kementeriannya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), telah mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Kewangan (MOF) pada 24 November lalu.

"MOF secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbangkan saranan cadangan daripada kedua-dua kementerian.

Sebarang keputusan berkaitan bantuan kewangan kepada pemain industri akan diumumkan oleh MOF," katanya.

Ujarnya, bantuan kewangan berkenaan dijangka mampu menyerap lonjakan kos yang terpaksa ditanggung pengguna.

"Pertemuan antara tiga pihak itu dibuat hasil dapatan daripada pertemuan antara Jawatankuasa Bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) dan MAFI bersama pihak berkepentingan serta pemain industri pertanian.

"Melalui sesi libat urus yang telah dijalankan, pemain industri yang terkesan telah memaklumkan keperluan mereka untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan bagi membantu meringankan beban kos operasi," katanya.

Beliau menegaskan, KPDNHEP sentiasa peka dan prihatin terhadap sebarang isu berkaitan kenaikan harga barangan, terutama makanan serta keperluan asas yang membebankan rakyat di negara ini.

"Pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga KPDNHEP secara proaktif akan memantau dan memeriksa harga barang di seluruh negara bagi memastikan harga barangan termasuk sayur-sayuran berada dalam keadaan stabil," katanya. - Getaran, 27 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad