web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Digesa Campur Tangan Isu Harga Tiket Sarawak Mahal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 11:58AM

Pemandangan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang tersergam indah di bandaraya Kuching. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa campur tangan dalam isu kenaikan mendadak harga tiket penerbangan ke Sarawak, bagi memastikan rakyat negeri itu yang berada di Semenanjung dapat pulang mengundi.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan juga sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap syarikat penerbangan yang mengambil kesempatan ‘memeras ugut’ rakyat Sarawak, jika ingin pulang ke kawasan masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Katanya, jika tindakan diamalkan syarikat penerbangan itu dibiarkan walaupun jelas menyalahi Akta Percatutan kerana sengaja mengaut untung besar, itu bermakna tanggungjawab mengundi hanya boleh dilakukan golongan berpendapatan tinggi dan mewah.

“Di Pasir Gudang, Johor, terdapat ramai rakyat Sarawak dan kebanyakan mereka adalah pengundi berdaftar.

“Jadi dalam keadaan harga tiket kapal terbang dari Semenanjung ke Sarawak naik mendadak dan terlalu tinggi hingga di luar kemampuan pengundi biasa Sarawak ini, bagaimana mereka mampu pulang untuk menunaikan hak sebagai pengundi,"  katanya.

Isu harga tiket penerbangan terlalu mahal menjadi topik hangat diperkatakan menjelang PRN Sarawak pada Disember ini sejak beberapa hari lalu.

Malah, ada pihak mendakwa harga dikenakan itu melampau dan tidak logik dek akal, apabila terdapat penerbangan ke beberapa daerah di Sarawak menetapkan bayaran ribuan ringgit untuk perjalanan sehala.

Pada masa sama, Hassan meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberikan penjelasan mengapa harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak, lebih mahal daripada Kuala Lumpur ke Dubai ketika ini.

“Adakah fenomena tidak adil ini sengaja dirangka supaya pengundi luar tidak boleh pulang mengundi di Sarawak," tegasnya. - Getaran, 27 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad