web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances’ Kini Beroperasi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 8:31AM

Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances beroperasi di balai ketibaan KLIA Ekspress, KL Sentral. - Gambar dari Facebook Hajah Nancy Haji Shukri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persembahan muzik ‘Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances’ kini beroperasi di balai ketibaan KLIA Ekspress, KL Sentral, setelah tiga bulan terhenti berikutan larangan aktiviti sosial termasuk ‘busking’ yang bertujuan mengawal penularan COVID-19. 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata aktiviti itu merupakan inisiatif Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri yang mencadangkan idea bagi membantu pemuzik jalanan atau buskers yang terkesan ketika berdepan cabaran pandemik itu.

“Bagaimanapun, inisiatif tersebut beberapa kali tidak dapat dilaksanakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan aktiviti busking hanya mula dibenarkan pada 6 Nov 2020 dan tertangguh sekali lagi pada 10 Jan 2021 berikutan PKP,” menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Nancy yang turut mengambil pendekatan turun padang bagi meninjau perkembangan berpuas hati apabila inisiatif yang telah lama dirancang akhirnya dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). 

“Hari ini saya ingin memberi sokongan moral dan motivasi kepada artis buskers yang mendapat kebenaran untuk membuat persembahan di lapangan terbuka seperti ini kerana mereka merupakan antara yang terkesan dalam keadaan serba mencabar berikutan krisis pandemik COVID-19,” kata Nancy yang dipetik oleh kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd Noormah Mohd Noor berkata pihaknya menyediakan ruang yang luas agar persembahan diadakan mengikut SOP dengan hanya orang ramai yang lalu-lalang sahaja menikmati muzik dan bukan untuk berkumpul.

Ahli Malaysia Buskers Club, Aznan Aziz yang berkecimpung dalam aktiviti busking selama 30 tahun turut menzahirkan penghargaan kepada MOTAC dan ERL Express kerana kumpulan itu dapat meneruskan aktiviti dalam norma baharu dengan pematuhan SOP termasuk pemakaian pelitup muka oleh pemain instrumen. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad