web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengawal Asing Dari Sumber Baharu, KDN Babit Kerjasama Sektor Perindustrian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 9:10PM

Hamzah berucap pada Majlis Perjumpaan bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan sektor perindustrian bagi mengkaji kesesuaian pengambilan pengawal keselamatan warga asing dari sumber baharu untuk menampung keperluan permintaan pengawal dari Nepal.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, cadangan tersebut akan diperhalusi bersama agensi yang terlibat bagi memastikan negara sumber baharu yang dipilih dapat memenuhi kualiti dan piawaian keselamatan ditetapkan kerajaan.

“Kerajaan merancang untuk menjadikan Bangladesh, Indonesia dan Filipina sebagai negara sumber baharu untuk mengisi kekosongan dalam sektor perkhidmatan keselamatan,” katanya hari ini.

Jelas Hamzah lagi, satu program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) di sektor keselamatan telah diperluaskan bagi menangani isu kemasukan pengawal baharu warga negara Nepal yang masih dibekukan.

Katanya, program tersebut secara tidak langsung memberi peluang kepada majikan untuk mendaftar dan menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin  (PATI) dari Nepal sehingga 31 Disember 2021.

“Sehingga kini telah banyak inisiatif dan program yang dilaksanakan melalui Pelan Tindakan Pembaharuan Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan kawalan keselamatan di negara ini.

“Bagi tahun 2022, KDN akan terus memberi fokus kepada usaha menambah baik dasar dan perundangan sedia ada, mempergiatkan penguatkuasaan dan operasi serta melaksanakan beberapa inisiatif bagi menambah baik sistem perkhidmatan kawalan keselamatan swasta di negara ini,” katanya.

Jelas beliau, ia termasuk menambah baik Electronic Security Industry Management System (eSIMS).

“Melaluinya, KDN akan melaksanakan integrasi sistem eSIMS dengan jabatan berkaitan bagi memudahkan lagi urusan syarikat melibatkan integrasi sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta integrasi sistem Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe), Jabatan Imigresen Malaysia bagi semua urusan berhubung pengawal keselamatan warga asing secara atas talian.

“Sistem ini dijangka beroperasi sepenuhnya mulai tahun 2022.

“Seterusnya, KDN juga akan melancarkan aplikasi eSIMS Mobile dalam masa terdekat bagi memudahkan lagi semakan kesahihan lesen syarikat dan keputusan tapisan keselamatan pengawal keselamatan tempatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamzah memaklumkan, KDN juga telah mengkaji semula Akta Agensi Persendirian 1971 dan mencadangkan beberapa pindaan yang bersesuaian ke atas akta tersebut, seiring dengan peredaran zaman dan cabaran semasa.

“KDN komited terhadap pelaksanaan cadangan tersebut dan ia akan diambil kira dalam cadangan pindaan Akta Agensi Persendirian 1971 yang akan dibentangkan di Parlimen tahun hadapan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, KDN telah memuktamadkan kebenaran bagi penyimpanan senjata api di AMRA Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Polis.

“Caj pengurusan yang minima akan dikenakan dan diwartakan dalam masa terdekat.

“Inisiatif ini akan dapat meringankan bebanan kepada syarikat kawalan keselamatan keselamatan bersenjata dan memerlukan khidmat penyimpanan senjata bagi lokasi tugasan yang berjauhan dari ibu pejabat atau pejabat cawangan,” katanya. - Getaran, 25 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad